UMNO sahkan Annuar Musa, Fatimah dan Shamsiah dipecat
UMNO sahkan Annuar Musa, Fatimah dan Shamsiah dipecat
UMNO mengesahkan Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, antara tiga pemimpin UMNO yang dipecat pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi ( MKT ) UMNO, malam tadi.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, turut dipecat Ketua Wanita UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shamsiah Yassin yang juga isteri bekas Ketua UMNO Bahagian itu, Datuk Seri Shahidan Kassim.
Katanya, seorang lagi yang dipecat ialah Ketua Wanita UMNO Bahagian Maran, Datin Seri Fatimah Kassim yang juga isteri penyandang kerusi Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abu Talib.
“Keanggotaan ketiga-tiga mereka tergugur secara automatik di bawah Fasal 20.11 dan Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Berkhatan Perdana di Mesjid Jamek Kampung Jawa Ulu, di sini, hari ini.
Tambah Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian, pemecatan mereka berkuatkuasa serta-merta dengan surat rasmi perlucutan keahlian akan dihantar, hari ini.
Hari ini, media yang memetik sumber melaporkan Annuar, Shamsiah dan Fatimah antara tiga pemimpin UMNO yang dipecat keahliannya selepa diputuskan MKT UMNO, malam tadi.
Shamsiah dan Fatimah bulan lalu dilaporkan digantung sementara seluruh jawatannya selepas didapati terlibat secara langsung atau tidak langsung menyokong calon parti lawan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Sementara itu, Annuar sebelum ini dilihat lantang mengkritik kepimpinan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, khususnya berkaitan usaha jajaran baharu antara Barisan Nasional (BN) serta Pakatan Harapan (PH). K Online
UMNO sahkan Annuar Musa, Fatimah dan Shamsiah dipecat
Baca Artikel Menarik:
- Menteri Pendidikan diminta rujuk guru, guna fakta dan data
- Tidak masuk akal import telur – Ameer Ali
- 35 nama dikemuka bagi jawatan timbalan menteri
- JPM nafi lantikan Ismail Sabri sebagai Pengerusi Petronas
- Juruteknik kilang ditembak sebab isteri disyaki tipu skim pelaburan
- Afif dakwa Saifuddin campur tangan siasatan
- MIC tolak jawatan timbalan menteri
- Kumpulan pesawah tolak cadangan kerajaan lantik lebih banyak syarikat pengimport beras
- Ronaldo berpura-pura gembira lihat gol dijaringkan rakan sepasukan
- FITNAH: PM beri Muhyiddin 3 hari untuk mohon maaf
- Isu BERNAS, Shahidan melompat
- Muhyiddin mesti dedah siapa 42 Ahli Parlimen beri SD – Shahrir
- Menteri Undang-Undang tidak buang masa, pengasingan kuasa peguam negara, pendakwa raya bermula
- Ini tindakan Rasulullah s.a.w. terhadap orang yang suka bergurau dan berlawak jenaka
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.