Apa kata perunding imej?
Apa kata perunding imej?
Pemakaian tali leher adalah aksesori pelengkap buat gaya lelaki profesional terutama ketika menghadiri majlis rasmi.
Perunding Imej dan Warna Profesional, Emi Idura Che Hashim berkata, ia adalah kod etika pemakaian mengikut masa, jenis majlis, lokasi dan individu atau kumpulan yang ingin ditemui seseorang itu.
Bagaimanapun, katanya, kod etika pemakaian boleh berubah mengikut peredaran zaman yang sesuai dengan masyarakat ketika itu.
“Walaupun (pemakaian suit rasmi) tanpa tali leher lebih santai, tetapi pemimpin negara dicadangkan memakainya terutama untuk urusan rasmi negara dan sentiasa mengikuti kod etika majlis dihadiri.
“Ini untuk mengelak nama (Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim) atau menterinya menjadi bahan bualan di media sosial (terutama) antarabangsa kerana dianggap tidak menghormati majlis atau tidak berpengetahuan tentang etiket pemakaian yang sebetulnya.
ANWAR bergambar bersama menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan sebelum Mesyuarat Kabinet.
“Walaupun isu berkenaan agak kecil, tetapi sedikit-sebanyak boleh menjejaskan reputasi individu (dalam konteks ini Perdana Menteri dan menterinya) selain negara itu sendiri,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Mengulas lanjut, beliau berkata, penampilan Anwar yang lebih suka mengenakan sut rasmi tanpa aksesori itu pada pandangannya dilihat sebagai strategi psikologi.
“Pada pandangan saya (mungkin) beliau mahu menunjukkannya mudah didekati, tidak terlalu berprotokol dan sesiapa saja boleh mendekati lebih-lebih lagi dengan situasi politik hari ini,” katanya.
Sementara itu, perunding imej, Siti Mizalwa Idris berkata, setiap negara mempunyai kod etika tersendiri termasuk aspek pemakaian di mana kebanyakan negara mengambil western protocols bagi aspek formal.
Menurutnya, setiap peraturan itu adalah fleksibel kerana boleh diubah mengikut budaya dan cara kepimpinan sesebuah negara atau organisasi.
Beliau berpendapat, tidak mengapa untuk tidak memakai tali leher bagi acara tertentu, namun tidak bermakna ia harus terus dilupakan.
“Pemakaian tali leher harus terus diberi perhatian bagi acara tertentu contohnya ketika berurusan dengan delagasi dari luar negara, persidangan antarabangsa atau bila bersama sesetengah kumpulan yang masih mementingkan pemakaian tali leher sebagai tanda hormat.
“Gaya (penampilan Anwar) yang dibawa lebih kepada smart casual, tidak terlalu santai dan ia masih nampak kemas. Untuk sesi acara bersama rakyat, pemakaian lebih santai memang sangat sesuai, namun untuk acara formal, pemakaian terlalu santai adalah tidak sesuai,” katanya.
Terdahulu penampilan ringkas Anwar bersama barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan pimpinannya yang memakai suit tanpa mengenakan tali leher ketika menghadiri mesyuarat Kabinet, kelmarin mencuri perhatian di media sosial.
Kelainan yang ditonjolkan Perdana Menteri ke-10 itu sejak hari pertama memulakan tugasnya sebagai pemimpin nombor satu negara menjadi bualan rakyat dan mendapat pelbagai reaksi. HM
Apa kata perunding imej?
Baca Artikel Menarik:
- Menteri Pendidikan diminta rujuk guru, guna fakta dan data
- Tidak masuk akal import telur – Ameer Ali
- 35 nama dikemuka bagi jawatan timbalan menteri
- JPM nafi lantikan Ismail Sabri sebagai Pengerusi Petronas
- Juruteknik kilang ditembak sebab isteri disyaki tipu skim pelaburan
- Afif dakwa Saifuddin campur tangan siasatan
- MIC tolak jawatan timbalan menteri
- Kumpulan pesawah tolak cadangan kerajaan lantik lebih banyak syarikat pengimport beras
- Ronaldo berpura-pura gembira lihat gol dijaringkan rakan sepasukan
- FITNAH: PM beri Muhyiddin 3 hari untuk mohon maaf
- Isu BERNAS, Shahidan melompat
- Muhyiddin mesti dedah siapa 42 Ahli Parlimen beri SD – Shahrir
- Menteri Undang-Undang tidak buang masa, pengasingan kuasa peguam negara, pendakwa raya bermula
- Ini tindakan Rasulullah s.a.w. terhadap orang yang suka bergurau dan berlawak jenaka
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.