Anwar beri peluang pada 7 ahli parlimen Sabah jadi Timbalan Menteri

KOTA KINABALU – Tujuh ahli Parlimen dari Sabah dilantik sebagai Timbalan Menteri yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat.

Tujuh yang dilantik itu ialah Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Siti Aminah Aching yang memegang portfolio sebagai Timbalan Menteri Kementerian Perladangan dan Komoditi; Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohammad Yusof Apdal sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi.

Ahli Parlimen Pensiangan, Datuk Arthur Joseph Kurup dilantik sebagai Timbalan Menteri Sains dan Teknologi; Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin sebagai Timbalan Menteri Luar Negeri; Ahli Parlimen Batu Sapi, Khairul Firdaus Akbar Khan sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya serta Ahli Parlimen Sepanggar, Mustapha @ Mohd Yunus Sakmud sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia.

Kesemua mereka yang dilantik masing-masing mewakili Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Parti Warisan (Warisan), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan DAP.



Lima daripada tujuh ahli Parlimen iaitu Siti Aminah, Mohammad Yusof, Foong Hin, Khairul Firdaus dan Mustapha merupakan muka baharu yang dilantik sebagai Timbalan Menteri bagi Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Anwar.

Sementara itu, Arthur dan Mohamad pernah memegang portfolio sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya dan Timbalan Menteri Pendidikan II dalam kerajaan pimpinan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sebelum ini, Anwar telah mengumumkan dua menteri penuh dari Sabah iaitu Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick daripada Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dan Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali daripada GRS.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Baru saja kahwin Dai Syed dah cakap pasal kahwin lain (Video)

Tomok dakwa pekerjanya kena pukau

Farid Kamil Terlepas Hukuman Penjara Sebab Berlakon Watak Anwar Ibrahim?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker