Proton X70 ADUN Semerak rempuh pagar Tadika

Proton X70 ADUN Semerak rempuh pagar Tadika

PASIR PUTEH – Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) milik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim yang dipandu oleh pemandunya rosak selepas terbabas sebelum merempuh pagar Taman Didikan Kanak-Kanak (Tadika) Perpaduan Raja Dagang, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, SUV jenis Proton X70 yang dipandu oleh Zainuddin Awang, 59, dipercayai hilang kawalan semasa tiba di selekoh Tok Isa dan terbabas ke pintu pagar tadika berkenaan.

Wan Hassan ketika dihubungi berkata, pemandunya sedang dalam perjalanan ke pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerak selepas mengisi minyak di sebuah stesen minyak yang berdekatan.

“Saya tiada di dalam kenderaan itu kerana menunggu ketibaannya di pejabat DUN. Ramai yang menghubungi saya kerana menyangka saya terbabit dalam kemalangan itu.

“Saya bersyukur apabila kemalangan melibatkan SUV itu tidak menyebabkan seramai 25 murid dan guru yang berada di dalam tadika tersebut cedera,” katanya.

Wan Hassan berkata, kemalangan itu menyebabkan Zainuddin mengalami sakit dada dan kepala akibat terhantuk dan dia telah dibawa ke Hospital Tengku Anis di sini untuk rawatan lanjut. K Online

Proton X70 ADUN Semerak rempuh pagar Tadika


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kau ingat gelek dalam khalayak itu dapat pahalakah? – Ahmad Dasuki

Jeslina Hashim dikecam tayang punggung

Polis Tunjuk ‘Thumbs Up’ Kepada Pemandu Lori Bantu Halang MPV (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker