Giliran Muhyiddin turun naik pejabat SPRM
Giliran Muhyiddin turun naik pejabat SPRM
Pentadbir akaun Facebook bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata tiba giliran Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk turun naik pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Dalam satu entri di Facabook Najib berkata, perkara itu akan membongkarkan dakwaan bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa bahawa Muhyiddin mempunyai wang puluhan juta ringgit.
“Giliran Muhyiddin naik turun SPRM pulak.
“Misteri duit berpuluh juta Ringgit dalam bilik tidur dia bakal terjawab tak lama lagi,” kata Najib.
Semalam, Facebook Najib mengucapkan terima kasih kepada Annuar kerana membongkarkan isu yang mendakwa Muhyiddin memberi jutaan ringgit kepada UMNO.
Untuk rekod, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan sedang menyiasat dakwaan Annuar mengenai Muhyiddin memberi UMNO jutaan ringgit bagi membantu parti itu pada pilihan raya negeri (PRN) Sabah pada 2020.
Pada 21 November lalu, Annuar dalam satu video yang tular mendakwa Muhyiddin menemuinya di Sabah.
Dalam video berkenaan, bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia itu mendakwa, dalam pertemuan tersebut beliau diberi ‘berpuluh juta’ ringgit untuk PRN Sabah pada 2019. MG
Giliran Muhyiddin turun naik pejabat SPRM
Baca Artikel Menarik:
- Menteri Pendidikan diminta rujuk guru, guna fakta dan data
- Tidak masuk akal import telur – Ameer Ali
- 35 nama dikemuka bagi jawatan timbalan menteri
- JPM nafi lantikan Ismail Sabri sebagai Pengerusi Petronas
- Juruteknik kilang ditembak sebab isteri disyaki tipu skim pelaburan
- Afif dakwa Saifuddin campur tangan siasatan
- MIC tolak jawatan timbalan menteri
- Kumpulan pesawah tolak cadangan kerajaan lantik lebih banyak syarikat pengimport beras
- Ronaldo berpura-pura gembira lihat gol dijaringkan rakan sepasukan
- FITNAH: PM beri Muhyiddin 3 hari untuk mohon maaf
- Isu BERNAS, Shahidan melompat
- Muhyiddin mesti dedah siapa 42 Ahli Parlimen beri SD – Shahrir
- Menteri Undang-Undang tidak buang masa, pengasingan kuasa peguam negara, pendakwa raya bermula
- Ini tindakan Rasulullah s.a.w. terhadap orang yang suka bergurau dan berlawak jenaka
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.