Saifuddin dakwa silap susun ayat cerita hubungan PH dan BN

Saifuddin dakwa silap susun ayat cerita hubungan PH dan BN

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengaku tersilap dalam menyusun kata-kata ketika berkongsi pengalaman peribadinya di Facebook, berhubung rundingan pembentukan kerajaan perpaduan membabitkan kerjasama di antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Setiausaha Agung PKR itu mengaku susunan ayat dalam hantaran itu kurang tepat, menyebabkan timbulnya kekeliruan dalam mentafsir perspektif sebenar rundingan kerjasama yang berlaku di antara dua parti yang berseteru itu.

Ketika menjelaskan kekeliruan itu hari ini, Saifuddin berkata, rundingan pembentukan kerajaan antara kedua-dua gabungan berkenaan hanya berlaku selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diperoleh.

Namun, katanya, hubungan peribadinya dengan pemimpin utama BN sudah lama berlaku, sekali gus memudahkan rundingan kerjasama diadakan di antara kedua-dua gabungan terbabit.

“Kerjasama perbincangan selepas PRU15 apabila keputusan menyaksikan tiada blok boleh membentuk kerajaan. Namun, hubungan peribadi dengan watak utama politik ‘non PH’ (bukan PH) sudah lama berjalan dan kekeliruan berlaku di situ.

“Sesetengah media memilih (melaporkan) rundingan berlaku sebelum (PRU15). Nanti saya akan perbaiki susunan ayat dalam hantaran di media sosial dan beri perspektif lebih tepat.

“Terima kasih kerana bertanyakan dan bantu saya memberikan perspektif lebih tepat mengenai hantaran berkenaan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan taklimat bersama semua agensi di bawah seliaan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, hari ini.

Dalam perkongsian menerusi Facebook pada 4 Disember lalu yang mengundang pelbagai persepsi terhadap PH dan BN, mengaku usaha membina kerjasama dengan pemimpin BN sudah lama direncanakan PH.

“Berbeza pandangan ramai, usaha ini bukannya bermula pada tarikh keputusan PRU15 diketahui pada 19 November lalu.

“Kita sudah lama membaca perubahan lanskap politik negara yang tidak memungkinkan sebuah parti atau gabungan membentuk kerajaan sendiri. Semua parti atau gabungan adalah potensi rakan untuk diajak berunding.

“Saya bertuah kerana pandangan jauh Datuk Seri Anwar yang ikut mendokong pendekatan ini. Pendekatan politik inklusif. Meramaikan kawan dan mengurangkan musuh. Saya diberi peluang dan peranan seluas-luasnya untuk membina rangkaian politik rentas parti selama aktif dalam KEADILAN,” kongsinya dalam hantaran Facebook itu. BH

Saifuddin dakwa silap susun ayat cerita hubungan PH dan BN


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anwar ‘tegur’ Syed Mokhtar, Bernas – Pesawah akan terima bayaran RM60j

Anwar arah siasat perbelanjaan RM600 bilion semasa era PN

Jangan berani sentuh Messi – Tyson

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker