Landasan Songkhla-Padang Besar dibom lagi, 3 terbunuh

Landasan Songkhla-Padang Besar dibom lagi, 3 terbunuh

Tiga pekerja penyelengaraan terbunuh dalam letupan bom yang menyasarkan landasan kereta api di wilayah Songkhla pagi ini, lapor laman berita Thaiger.

Ketiga-tiga pekerja sedang membaiki landasan yang rosak akibat satu lagi letupan bom pada Sabtu lepas. Insiden pada Sabtu lepas menyebabkan sebuah kereta api barang tergelincir dan rosak tetapi tidak mendatangkan sebarang kecederaan.

Pada pukul 12.50 tengah hari (waktu tempatan) Sabtu lalu, kereta api barang 707 dari Hat Yai di Songkhla yang menuju ke Padang Besar di Malaysia, tergelincir dan terbalik di mukim Tha Pho, daerah Sadao selepas bom meletup. Letupan merosakkan 11 daripada 20 gerabak kereta api. Semua empat kakitangan kereta api bagaimanapun tidak cedera.

Keesokan harinya, pegawai tentera, polis, jabatan pentadbiran wilayah, unit pemusnah bom, dan kakitangan kereta api bersama-sama memeriksa tempat kejadian. Mereka mendapati landasan di kawasan kejadian rosak teruk.

Pegawai-pegawai turut menemui kawah sedalam 2 meter di bawah landasan. Polis percaya letupan yang berlaku berpunca daripada bom buatan sendiri. Gerabak yang dibom musnah sepenuhnya.

Semalam pekerja-pekerja membawa masuk jentera untuk mengangkat dan mengalihkan serpihan. Pekerja-pekerja penyelenggaraan pula mula membaiki landasan.

Bagaimanapun hari ini, sebutir bom lain diletupkan tidak jauh dari tempat kereta api 707 tergelincir. Letupan itu membunuh tiga pekerja penyelenggaraan dan mencederakan seorang yang lain.

Polis masih belum mendedahkan nama mangsa-mangsa yang terbunuh. Polis berkata, butiran lanjut akan diberikan selepas pihaknya menjalankan siasatan.

Pasukan daripada Unit Penyelenggaraan Hat Yai sedang berusaha membaiki landasan itu. Kawasan kejadian masih ditutup. K Online

Landasan Songkhla-Padang Besar dibom lagi, 3 terbunuh


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anwar ‘tegur’ Syed Mokhtar, Bernas – Pesawah akan terima bayaran RM60j

Anwar arah siasat perbelanjaan RM600 bilion semasa era PN

Jangan berani sentuh Messi – Tyson

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker