Ismail Sabri zahir ucapan takziah, simpati atas pemergian Shinzo Abe

Ismail Sabri zahir ucapan takziah, simpati atas pemergian Shinzo Abe

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan ucapan takziah dan simpati atas pemergian bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, yang disahkan meninggal dunia pada Jumaat.

Menerusi satu ciapan Twitter rasminya, Ismail Sabri turut berharap agar keluarga mendiang dan seluruh rakyat Jepun tabah menghadapi dugaan itu.



“Saya berasa amat sedih apabila mendengar perkhabaran duka tentang insiden mengenai mantan Perdana Menteri Shinzo Abe, yang baru saya temui pada awal tahun ini sebagai Utusan Khas Tuan Yang Terutama.

“Saya berharap agar keluarga mendiang dan seluruh rakyat Jepun tabah menghadapi dugaan dalam suasana sedih serta pilu ini,” jelasnya.



Tambah Ismail Sabri, Abe telah memainkan peranan penting dalam hubungan antara Malaysia dan Jepun selama ini.

“Saya menzahirkan ucapan takziah dan simpati yang mendalam kepada Kerajaan dan rakyat Jepun di atas pemergian beliau.

“TYT Abe telah memainkan peranan yang penting dalam hubungan erat antara Malaysia dan Jepun, dan merupakan pendukung utama Dasar Pandang ke Timur,” katanya lagi.

Abe, 67, disahkan meninggal dunia selepas menerima rawatan di sebuah hospital di Kyoto pada Jumaat.



Mantan Perdana Menteri itu ditembak oleh seorang lelaki ketika berucap di satu majlis di bandar Nara, barat Jepun hari ini.

Ismail Sabri zahir ucapan takziah, simpati atas pemergian Shinzo Abe

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amell Pukul Mak Wan sebab diludah, Didie Alias Dedah Hal Sebenar

Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker