Anwar saman ketua PAS Perak atas dakwaan LGBT

Anwar saman ketua PAS Perak atas dakwaan LGBT

Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah terhadap Ketua PAS Perak Razman Zakaria berhubung dakwaan bahawa presiden PKR itu akan mempromosikan agenda LGBT, membenarkan perkahwinan sejenis, dan menyokong agenda komunis.

Saman difailkan di Mahkamah Tinggi Taiping, yang mengeluarkan saman supaya Razman hadir di mahkamah. Beliau diberi tempoh 14 hari untuk berbuat demikian.

Anwar menuntut ganti rugi dan memohon injunksi bagi menghalang Razman mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah lagi terhadapnya.



Saman itu menyusul surat tuntutan maaf secara terbuka, ganti rugi RM5 juta dan jaminan bertulis bahawa dakwaan berkenaan tidak akan diulangi.

Peguam Anwar, SN Nair sebelum ini berkata, dakwaan Razman membayangkan Anwar telah menyalahgunakan kuasanya sebagai Ahli Parlimen, penipu, pengkhianat, hipokrit dan bukan seorang Muslim yang baik.

Hantaran Razman di Facebook itu telah menarik lebih 43,500 tontonan, 1,000 komen, 3,100 reaksi dan 256 perkongsian pada masa surat tuntutan itu dihantar, kata peguam berkenaan. FMT

Anwar saman ketua PAS Perak atas dakwaan LGBT




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu ditubuhkan siasat perbelanjaan RM600 billion Muhyiddin Yassin

Myvi RM25,000: Magik Rafizi ‘Si Raja Formula’ yang ditunggu-tunggu rakyat

Ogy bakal berkahwin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker