Masyarakat India jangan harap bantuan kerajaan, terima kasih PH.

Xavier, terima kasihlah untuk ‘hadiah istimewa’ Deepavali – MIC

Nasihat oleh Menteri Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar yang tidak mahu masyarakat India di negara ini terus bergantung harap dengan bantuan kerajaan semata-mata sebaliknya berusaha sendiri dianggap antara hadiah paling istimewa buat pengundi dalam kalangan komuniti itu.

Malah lebih ‘manis’ apabila nasihat itu dilontarkan menjelangnya pesta cahaya atau lebih di kenali sebagai Deepavali yang akan disambut dalam beberapa hari lagi.

Itulah kekecewaan yang diluahkan Setiausaha Penerangan MIC Kebangsaan, A Subash Chandrabose yang berpendapat walaupun kenyataan itu berupa nasihat namun ia tidak boleh diterima langsung.

Kata Subash, beliau terkejut kerana ketika masih bergelar pembangkang dan kempen Pilihan Raya Umum ke-14, nada itu sangat berlainan apatah lagi dengan janji-janji menggunung Xavier.

Namun ujarnya, sejurus selepas menang intonasi serta tindak tanduk sudah lain walaupun sebelum ini pelbagai dijanji ditabur walaupun mustahil untuk dikotakan

“Sekarang mereka meminta kami untuk berusaha sendiri dan jangan terlalu bergantung harap. Dulu masa kempen sebelum menang, kamu perdajalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) kononnya kami telah menganayai masyarakat India.

“Tapi apa yang kamu sedang lakukan ini? Sedar atau tidak?

“Kalau umum hendak tahu, kenyataan seperti ini tidak akan sesekali keluar daripada mana-mana pimpinan MIC ketika masih menjadi kerajaan. Mereka tidak berani bercakap seperti ini sebaliknya akan cuba sedaya yang boleh.

“Lupa pula, ini adalah Malaysia baru. Maka kita semua terpaksa menerimanya sahaja.

“Saya setuju dengan YB Xavier, benarlah masyarakat India ini adalah minoriti tapi bukankah ada Menteri yang dilantik untuk menjaga golongan ini? Tidakkah? Oh kini kami kena berusaha kerana kerajaan ada kerja-kerja lain lebih penting daripada menjaga kepentingan pengundi?

“Terima kasih juga kepada YB kerana meminta kami jangan terlalu berharap untuk bekerja dengan kerajaan, memang peluang untuk kerja kerajaan ini tipislah, bukan begitu? Baiklah, kami faham sangat,” katanya.

Xavier seperti dilaporkan Malaysiakini berkata, lebih kurang 70 peratus masyarakat India di Malaysia masih berada di bawah paras kemiskinan dengan pendapatan seisi keluarga tidak melebihi RM3,000.

Bagaimanapun kata Xavier, ini tidak seharusnya menjadi alasan kepada komuniti tersebut terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan sebaliknya perlu menceburi perniagaan dan juga peluang yang terdapat di sektor swasta.

Menurutnya, masyarakat India di Malaysia tidak boleh bergantung kepada peluang pekerjaan daripada kerajaan.

“Jangan fikir pasal kerajaan. Ada banyak peluang di sektor swasta.

“Kerajaan mengambil keputusan untuk melarang pekerja asing di sektor gunting rambut dan dobi. Belia kita mesti mengambil manfaat daripadanya,” kata Xavier.

Bagaimanapun pada masa sama jelas Xavier, kerajaan PH masih perlu berkerja keras untuk memastikan masa depan kaum India terjamin.

Jelas Subash, sememangnya pengundi India yang banyak mengundi PH selepas termakan janji-janji kerajaan bukan sahaja terpedaya sebaliknya perlu lebih celik selepas ini.

“Pada pemerintahan dulu, kerajaan BN telah mewujudkan ‘Malaysian Indian Blue Print’ untuk membela nasib Masyarakat India. Sememangnya pelbagai inisiatif serta usaha sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa ketika bagi memastikan kehidupan lebih terjamin.

“Tetapi mungkin kerana pengundi termakan dengan helah kumpulan ini yang kini sudah pegang kuasa. Ketika itu, ramai pengundi dalam kalangan kita tidak bersyukur sebaliknya banyak mencemuh dan mecari salah kita.

“Ketika awal-awal 4 Menteri dalam kalangan India diumumkan, rata-rata melompat sakan begitu bangga dengan kerajaan baharu ini yang begitu beria-ia mahu memberikan pengiktirafan kepada pimpinan masyarakat India. Sekarang? Bunyi pun tiada. Itulah realiti sebenar.

“Apa yang menyedihkan saya ketika ini apabila memikirkan tentang masyarakat India termasuk diri saya sendiri, kita terpaksa merayu sakan di negara sendiri bagaikan warga asing. Sedih, sangat menyedihkan. Kalau saya cakap, pasti ada yang terasa dan marah tapi inilah kebenaran pahit itu.

“Sedarlah, demi undi semata-mata, semuanya indah belaka. Bila sudah pegang tampuk, anda lihat sendiri ‘warna’ mereka. Ini baru tidak sampai dua tahun memerintah, bayangkan jika sudah bertahun? Apakah sebenarnya nasib kita sudah terbela? Fikirkanlah,” ujarnya. –MalaysiaGazette

 

MP Pembangkang, Xavier Jayakumar Hina Parlimen Atau YDPA?

Shafie tetap calon Perdana Menteri Pilihan walaupun Warisan Plus tewas – Mahathir

Peguam keluarga Adib harap tiada lagi campur tangan peguam negara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker