Malaysia tangga ketiga tertinggi kes baharu Covid-19 di ASEAN I

Sebaran :

Malaysia tangga ketiga tertinggi kes baharu Covid-19 di ASEAN

Malaysia ditempat ketiga tertinggi dalam kes jangkitan baharu Covid-19 hari ini selepas Vietnam dan Thailand bagi negara ASEAN.

Pada masa sama, negara ini juga di tangga ketiga mencatatkan kes pulih selepas Indonesia dan Filipina.

Sumber Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) peringkat ASEAN melaporkan, dalam kes jangkitan baharu hari ini, Vietnam mencatatkan 13,109 kes, Thailand (6,073), Malaysia (5,097), Lao PDR-Laos (1,491), Singapura (1,090), Filipina (899), Myanmar (493) dan Indonesia (404 kes).



Rekod pulih pula, Indonesia tertinggi dengan 4,103,639 kes, Filipina (2,765,920), Malaysia (2,516,693), Thailand (2,000,502), Vietnam (955,256), Myanmar (494,748), Singapura (244,365), Kemboja (116,446) dan Lao PDR-Laos (58,791 kes).

Bagi kes kematian harian, Filipina mencatatkan kes terbanyak iaitu 188 kes, diikuti Vietnam (137), Malaysia (45), Thailand (32) dan Indonesia (11).

Jumlah kumulatif kematian tertinggi di ASEAN ialah Indonesia iaitu 143,807 kes, Filipina (48,205), Malaysia (30,240), Vietnam (24,544), Thailand (20,675), Myanmar (19,067), Kemboja (2,927) dan Singapura (684 kes).

Keseluruhan perangkaan bagi 10 negara ASEAN ialah jumlah kes 13,974,682 dengan 28,756 kes baharu, 290,360 kumulatif kematian, 392 kematian harian dan 13,270,727 kes pulih. MG



Malaysia tangga ketiga tertinggi kes baharu Covid-19 di ASEAN


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Mas Khan Lamar Diana Nasimuddin Dalam Majlis Indah

Bukti disembunyikan, Najib buat laporan polis


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *