Kajian Menunjukkan Buah Pic Cegah Obesiti

Kegagalan menjaga pola hidup sihat boleh menyebabkan diabetes dan obesiti. Kedua-duanya merupakan pintu masuk pelbagai jenis penyakit. Mengikut beberapa kajian, sekiranya rajin mengambil buah-buahan dalam menu harian, kedua-kedua jenis masalah kesihatan ini bukanlah lagi menjadi satu ancaman.

via blogspot.com

Meskipun penyakit ini sering menghantui semua orang, diabetes dan kegemukan setidak-tidaknya boleh dihalang dengan mengamalkan pemakanan beberapa jenis buah antaranya seperti buah pic, nektarin dan plum.

Menurut kajian yang dijalankan di texas Afrilife Research, ketiga-tiga jenis buah ini mengandungi komponen bioaktif yang mampu memerangi diabetes serta penyakit jantung. Hasil kajian itu juga menunjukkan sebatian di dalam buah-buahan ini boleh menjadi senjata untuk melawan sindrom metabolik.



via blogspot.com

Sindrom ini boleh menyebabkan masalah kesihatan metabolisme yang lebih serius. Selain itu juga, sebatian fenolik yang terdapat di dalam ketiga-ketiga buah ini boleh mengurangkan kadar LDL yang biasanya dikaitkan dengan penyakit kardiovaskular.

Penyelidikan lain yang turut dijalankan ada menyebut bahawa setiap buah-buahan ini menagndungi empat jenis zat fenolik yang bekerja secara aktif di dalam memerangi empat jenis penyakit seperti kegemukan, keradangan, diabetes dan juga penyakit jantung.

via Sabah

Dari data statistik menunjukkan bahawa sekitar 30 peratus dari populasi warga Amerika Syarikat mengalami peningkatan kadar diabetes kronik dan kegemukan pada setiap tahun dalam jumlah yang sangat membimbangkan.

Gaya hidup yang tidak sihat dan kecenderungan genetik dari keluarga yang memiliki kegemukan juga merupakan penyumbang terbesar dari penyakit jenis ini. Dari kajian yang dijalankan jelas menunjukkan bahawa buah pic, nektarin dan plum memiliki sebatian bioaktif yang sangat berpotensi untuk melawan sindrom tersebut.



Jadi, jagalah kesihatan tubuh badan dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat dan pemakanan yang lebih berkhasiat.-Murai

10 Tips Turunkan Gula Dalam Darah, Doktor Ini Kongsikan Petua Terbaik Yang Boleh Diamalkan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker