Anwar adakan ‘kenduri rakyat’ di Tambun esok, Peja juga dijemput

Sekretariat negeri Perak akan menjadi tuan rumah kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim di “kenduri rakyat” di Ipoh, Perak esok.

Acara itu akan berlangsung pada 1.45 tengah hari di Masjid Muhammad Al-Fateh di Taman Jati, Ipoh – dalam kawasan Tambun, yang kini diwakili Anwar.

Menurut jemputan akhbar yang dihantar oleh Jabatan Penerangan Perak, Anwar akan menunaikan solat Jumaat di masjid itu.

Menteri Besar Perak yang baru dilantik, Saarani Mohamad juga dijadual hadir pada majlis itu.

Ini menandakan kemunculan pertama Anwar di Tambun selepas pilihan raya umu (PRU) pada 19 Nov.

Anwar mengadakan acara seumpamanya pada 26 Nov di Taman Rakan di Kajang, Selangor yang menyaksikan ratusan hadir di masjid kecil dengan ramai penyokong bukan Islam melihat dari luar.

Anwar merampas kerusi Tambun daripada Peja bekas Menteri Besar Perak atau nama sebenarnya Ahmad Faizal Azumu yang mewakili Perikatan Nasional.

Semua rakyat dialu-alukan hadir termasuk Peja yang juga sebagai rakyat dijemput ke kenduri itu esok

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Razali nikah senyap-senyap?

Dituduh jadi ejen Israel, Anwar arah polis ambil tindakan – Fahmi

Orang baik dan orang jahat tak boleh duduk bersama – Tuan Ibrahim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker