Video amaran 13 Mei di TikTok berbayar

Video amaran 13 Mei di TikTok berbayar

Apabila pengguna media sosial mendapati bahawa terdapat hantaran media sosial yang memberi amaran berulangnya rusuhan 13 Mei 1969 tular di TikTok, ramai yang menyatakan bahawa beberapa video itu mempunyai label “paid partnershi” atau “perkongsian berbayar”.

Semakan oleh Malaysiakini mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya tiga daripada klip video seumpamanya sememangnya berbayar apabila tangkapan skrin hantara itu dihantar ke TikTok untuk pengesahan.

Jurucakap TikTok bagaimanapun memberitahu Malaysiakini bahawa platform media sosial itu tidak dapat mengesahkan sama ada video itu ditaja oleh ahli politik.

Mereka juga enggan mendedahkan jumlah video yang sebenarnya telah dibayar.

Dalam salah satu daripada tiga video yang dihantar portal ini untuk pengesahan, ia hanya menunjukkan gambar padang dan pokok pada hari yang mendung, dengan teks bertulis “Peristiwa 13 Mei otw, siap siap bangsaku”.

Satu lagi video berbayar, disiarkan sebelum keputusan pilihan raya keluar, menyalahkan veteran DAP Lim Kit Siang atas rusuhan 13 Mei – dengan secara palsu menuduh Lim mencetuskan ketegangan dengan mengatakan “Malai si” (Melayu mati), dan menghina polis dan pemuda Melayu.

Lim berulang kali menafikan sebarang penglibatan dalam insiden 1969 itu.

Tidak jelas apa kandungan video ketiga itu, kerana hanya tangkapan skrin video itu disiarkan di Twitter. Bagaimanapun, keterangan yang disertakan menggambarkan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN).

Tangkapan skrin dan rakaman skrin klip video itu diambil dan disiarkan secara dalam talian oleh pengguna media sosial.

Ketiga-tiga klip video itu telah dipadamkan daripada TikTok sebagai sebahagian daripada langkah platform itu menangani kandungan yang melanggar garis panduan susulan pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Lepas dari pemeriksaan automatik

Jurucakap TikTok itu berkata, sama seperti video yang menakut-nakutkan mengenai 13 Mei yang lain di platform itu, video berbayar itu telah lepas daripada pemeriksaan automatik (auto-moderation checks) pada mulanya tetapi kemudiannya ditandakan dan dipadamkan selepas pemeriksaan manual.

Jurucakap itu menambah bahawa penapis pemeriksaan automatik telah dikemas kini untuk mengesan video sedemikian.

Tiada bukti setakat ini untuk menunjukkan siapa sebenarnya yang membayar untuk video 13 Mei itu.

Bagaimanapun, Malaysiakini melaporkan semalam bahawa seorang yang didakwa ahli PAS telah menaja iklan serangan media sosial di Facebook melalui halaman yang dipautkan PN.

Ini termasuk siaran yang kini dipadamkan yang melontarkan fitnah terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan dakwaan dia mempunyai kaitan dengan Israel, serta catatan sejarah yang diputarbelitkan mengenai pencerobohan Mongol abad ke-13 ke atas bandar Islam di Uzbekistan moden.

Malaysiakini belum menerima maklum balas daripada Ketua Penerangan PAS Khairil Nizam Khirudin atau pasukan media PN sama ada gabungan itu mempunyai penglibatan dalam laman tersebut atau tidak.

Video menakut-nakutkan mengenai 13 Mei kebanyakannya dimuat naik selepas PRU15 yang pada mulanya menyaksikan parlimen tergantung – dengan PH memenangi kerusi terbanyak diikuti PN.

Selepas video 13 Mei menjadi tumpuan, Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengeluarkan kenyataan menggesa provokasi dihentikan. Mk

Video amaran 13 Mei di TikTok berbayar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Razali nikah senyap-senyap?

Dituduh jadi ejen Israel, Anwar arah polis ambil tindakan – Fahmi

Orang baik dan orang jahat tak boleh duduk bersama – Tuan Ibrahim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker