Tiada keperluan mengiktiraf UEC – Kok Seong

Tiada keperluan mengiktiraf UEC – Kok Seong

Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) tidak boleh diberikan harapan palsu oleh pemimpin politik berhubung pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah Menengah Persendirian Cina (UEC).

Sebaliknya, Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, pihaknya berharap kerajaan kelak berpendirian tegas bahawa pengiktirafan UEC tidak boleh dilaksanakan, sekali gus bagi menutup buku isu berkenaan.



Mengulas lanjut katanya, UEC perlu terus kekal berada pada jalur pendidikan swasta dan tidak perlu memasuki sistem pendidikan awam yang sudah lengkap dengan peperiksaan sedia ada.

“Mereka mahu belajar dalam bahasa Cina, teruskan kerana ia dibenarkan tetapi mengapa akhirnya mereka nak masuk dalam pendidikan kerajaan (melalui pengiktirafan).

“Mereka (kerajaan) tidak sepatutnya melayan dari awal perkara seperti ini…saya lihat ia seperti mencari penyakit sendiri, dari awal sepatutnya cakap tidak boleh.

“Sebelum ini, dikatakan tidak cukup syarat untuk iktiraf UEC kerana tidak ada subjek Bahasa Melayu, selepas mereka memasukkan Bahasa Melayu…tiada subjek Sejarah pula…tidak sepatutnya mereka diberikan harapan palsu,” katanya kepada BH, di sini.



Sebelum ini, Dong Zong memohon pengiktirafan UEC dibincang secara rasional selepas sekali lagi membangkitkan gesaan yang pernah dibuat ketika pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) supaya UEC diiktiraf.

Tindakan itu bagaimanapun mencetuskan kemarahan apabila beberapa pihak dilaporkan melalui portal berita meminta supaya Dong Zong tidak rakus dalam membuat tuntutan itu.

Kerajaan PH sebelum ini menubuhkan satu pasukan petugas untuk mengkaji dasar UEC pada Oktober 2018 dan berjanji untuk mengiktiraf sijil pendidikan berkenaan dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Pada masa sama, Kok Seong berkata, pihaknya melihat tuntutan Dong Zong adalah rakus sedangkan sepatutnya mereka perlu kekal berada pada kedudukan sekarang.



Beliau berkata, UEC boleh terus memainkan peranan memberikan sumbangan pada negara dalam saluran pendidikan swasta dan tidak adil jika mereka masuk peperiksaan itu diiktiraf seperti pendidikan awam.

“Mengapa mereka mahu tuntut pengiktirafan…mereka boleh terus mengamalkan pembelajaran itu dengan tiada siapa halang…cukuplah pengiktirafan peperiksaan pada sektor pendidikan awam.

“Tindakan mereka ini seolah-olah menerjah kerajaan ia adalah sesuatu tidak sopan kerana Kabinet belum dibentuk jadi ia kelihatan tidak beradab…kalau pun mahu tuntut tunggulah sehingga semuanya selesai dahulu,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Institut of Excellent Teachers and Leader in Education (IETLE) Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Madya Dr R Arimugam berkata, tiada keperluan untuk mengiktiraf UEC kerana sistem peperiksaan sedia ada sudah mencukupi.



Beliau berkata, peperiksaan sedia ada khususnya Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sudah mempunyai kualiti tinggi yang tidak memerlukan pengiktirafan terhadap sistem yang lain.

“Terlalu awal untuk membuat gesaan semula dan cara itu dilihat tidak betul…perlu diambil perhatian dan tidak boleh secara terburu-buru.

“Bagi melaksanakan suatu perubahan ia perlu melalui proses timbang tara dan selagi ada pihak yang menolak ia perlu terus dikaji,” katanya. HM

Tiada keperluan mengiktiraf UEC – Kok Seong




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Razali nikah senyap-senyap?



Dituduh jadi ejen Israel, Anwar arah polis ambil tindakan – Fahmi

Orang baik dan orang jahat tak boleh duduk bersama – Tuan Ibrahim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker