Tewas di Pulai, Nur Jazlan salahkan pengundi yang jual undi

JOHOR BAHRU: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed mendakwa, terdapat perbuatan membeli undi di kawasan Parlimen Pulai yang menyaksikan beliau tewas di kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Dakwanya, beberapa pengundi Melayu yang ditemui pasca PRU15 menjelaskan mereka menerima bayaran RM300 seorang untuk mengundi calon daripada parti lain yang bertanding.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Pulai berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat perkara itu kerana melibatkan integriti serta isu rasuah politik.



“Beberapa hari selepas keputusan diumumkan, saya didatangi beberapa pengundi Melayu yang memohon maaf kerana tak mengundi saya pada 19 November lalu selepas mereka ditawarkan RM300 seorang untuk ‘pangkah’ calon parti lawan.

“Saya agak terkejut kerana tak sangka parti yang melaungkan lawan rasuah tetapi rupa-rupanya berbelanja besar beli undi. Patutlah saya tengok walaupun mereka letakkan calon orang tempatan tak kenal dengan jentera parti yang tak efektif, tapi boleh meyakinkan 20,000 pengundi Melayu memilih calon dari parti tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada PRU15, 19 November lalu, Nur Jazlan meraih 31,726 undi gagal menggugat penyandang kerusi itu, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang memperoleh 64,900 undi, menang dengan majoriti 33,174 undi.

Bagaimanapun, Nur Jazlan enggan menyalahkan pengundi berkenaan setelah beliau gagal merampas kembali kerusi Parlimen Pulai yang dimenangi pada PRU13.



Beliau berpandangan ada kemungkinan pengundi tersebut dalam keadaan terdesak untuk menanggung kos sara hidup sehingga mereka terpaksa terima ‘pemberian’ dari ejen-ejen calon lawan untuk mendapat undi.

“Selama ini orang ramai atau parti lawan selalu tuduh UMNO dan Barisan Nasional (BN) berbelanja besar dan tuduh kita beli undi untuk menang, tapi rupa-rupanya mereka yang buat kerja-kerja keji dan jijik itu.

“Melihatkan jumlah kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diperoleh di seluruh negara oleh parti tersebut, nampaknya strategi itu berjaya. Yang saya ceritakan ini benda yang berlaku di Pulai saja, di tempat lain saya tak tahu atau mungkin benda sama pun berlaku di tempat lain. Tak tahulah, mungkin SPR dan SPRM boleh siasat tentang isu beli undi di Pulai dan  tempat-tempat lain,” katanya.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Razali nikah senyap-senyap?



Dituduh jadi ejen Israel, Anwar arah polis ambil tindakan – Fahmi

Orang baik dan orang jahat tak boleh duduk bersama – Tuan Ibrahim



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker