Nad Zainal semakin stabil, nampak petanda positif… “Doktor tak mahu tergesa-gesa sedarkan dia”

"Baru dapat perkhabaran keadaan Nad semakin baik berbanding semalam. Alhamdulillah dia semakin stabil.

Nad Zainal semakin stabil, nampak petanda positif… “Doktor tak mahu tergesa-gesa sedarkan dia”

SELEPAS tiga hari menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU), keadaan terkini pelakon Nad Zainal dilaporkan semakin baik.

Pengarah yang juga merupakan sahabatnya iaitu Shahrulezad Mohameddin memaklumkan Nad menunjukkan perkembangan positif, namun tidak dibenarkan menerima pelawat.

“Baru dapat perkhabaran keadaan Nad semakin baik berbanding semalam. Alhamdulillah dia semakin stabil.

Nad Zainal semakin pulih.

“Cuma tidak boleh diganggu atau menerima pelawat kerana keadaan dia yang masih dalam pemantauan.

“Takut dibimbangi dijangkiti kuman yang lain pula,” katanya.

Shahrulezad berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya pada Jumaat.

Berkongsi lebih lanjut, Shahrulezad memberitahu bahawa Nad Zainal masih lagi ditidurkan untuk memastikan paru-parunya benar-benar pulih.

“Dia masih lagi intubated. Pihak doktor tidak mahu tergesa-gesa sedarkan dia kerana nak pastikan keadaan paru-paru dia kuat dahulu sementara doktor memantau dia.

“Jangan risau ramai doktor pantau dia,” ujarnya.

Cuma tidak boleh menerima pelawat kerana keadaan dia yang masih dalam pemantauan.

SHAHRULEZAD

PENGARAH

Shahrulezad mewakili keluarga juga meminta orang ramau terus mendoakan pelakon drama Cina Buta itu.

Malah, dia akan berkongsi perkembangan terbaharu mengenai keadaan kesihatan aktres itu.

“Pihak keluarga mohon agar doa buat Nad berterusan dan semoga Nad diberi kekuatan dalaman untuk dirinya sendiri.

Keluarga minta terus doakan Nad Zainal.

“Kalau ada apa perkembangan nanti saya akan kongsikan. Jangan lupa kongsikan doa untuk Nanad,” ujarnya.

Pada Selasa lalu, Nad Zainal dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Selangor akibat jangkitan kuman dan pendarahan pada paru-paru. mSTAR

Nad Zainal semakin stabil, nampak petanda positif… “Doktor tak mahu tergesa-gesa sedarkan dia”

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya

Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker