Elak campur tangan politik lantik anggota kerajaan, pemberian kontrak – Alumni PTD
Elak campur tangan politik lantik anggota kerajaan, pemberian kontrak – Alumni PTD
Kerajaan baharu diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta memastikan sebarang campur tangan politik dapat dielak dalam proses lantikan anggota perkhidmatan awam serta pengurusan pentadbiran dan kewangan, terutamanya dalam urusan pemberian kontrak
Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik (Alumni PTD) melalui kenyataan terbuka kepada Perdana Menteri berkata, ia penting memandangkan penemuan audit menunjukkan ketirisan berterusan serta kerugian besar ditanggung kerajaan disebabkan campur tangan terbabit.
Presidennya, Tan Sri Abdul Halim Ali, berkata gangguan terbabit disebabkan ketidakpatuhan kepada prosedur operasi kewangan yang standard.
“Dalam hal ini, semua Ketua Setiausaha kementerian dan ketua jabatan hendaklah dibenarkan untuk mengurus fungsi dan tanggungjawab mereka sebagai pegawai pengawal sewajarnya mengikut peraturan dan prosedur serta tanpa rasa takut atau pilih kasih.
“Sehubungan itu adalah mustahak untuk kerajaan menggubal Akta Perkhidmatan Awam, seperti dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) untuk mewujudkan perkhidmatan awam yang profesional dengan persempadanan fungsi, bidang kuasa dan tanggungjawab jelas antara pihak pentadbiran dan perkhidmatan awam,” katanya.
Abdul Halim turut menggariskan tiga tindakan dipercayai Alumni PTD perlu diambil untuk memastikan kejayaan dalam menguruskan pemulihan ekonomi terutama kerjasama antara pentadbiran dan perkhidmatan awam.
Katanya, kerjasama ini perlu dalam menangani isu kos sara hidup, peluang pekerjaan, hutang negara yang meningkat serta keperluan menambah hasil pendapatan bagi menampung perbelanjaan mengurus
“Pihak pentadbiran dan perkhidmatan awam juga perlu lebih serius terhadap keperluan penjimatan, malah penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan awam perlu kekal menjadi keutamaan,” katanya.
Untuk memastikan perkhidmatan awam menjadi cekap dan berkesan dalam meningkatkan sistem penyampaian, beliau berkata penting untuk memastikan ia mempunyai kapasiti, keupayaan dan keyakinan untuk berkhidmat dengan baik bagi kerajaan semasa.
“Tidak kurang penting juga bagi anggota perkhidmatan awam diberi keyakinan bahawa mereka dipercayai dan disokong pihak pentadbiran dalam menjalankan tugas serta tanggungjawab dengan profesional
“Untuk tujuan ini pentadbiran dan perkhidmatan awam harus berusaha memperkukuh tadbir urus yang baik melalui kajian semula Perintah Am, Arahan Kewangan dan peraturan lain berdasarkan semangat bersih, cekap dan amanah.
“Setiap anggota perkhidmatan awam mestilah mengangkat sumpah perkhidmatan sebagai bukti komitmen mereka terhadap tadbir urus yang baik dan berintegriti dalam memberi khidmat kepada negara
“Perlu adanya komitmen menyeluruh pentadbiran dan perkhidmatan awam untuk memerangi rasuah yang menjadi kebimbangan serius kalangan rakyat,” katanya.
Abdul Halim menambah, Alumni PTD juga menggesa kerajaan melaksanakan kajian semula institusi dan organisasi yang menyeluruh terhadap perkhidmatan awam, memandangkan perubahan teknologi yang pesat, revolusi digital dan megatrend global.
“Terdapat juga keperluan untuk mengkaji semula pakej imbuhan dan emolumen bagi anggota pentadbiran dan perkhidmatan awam supaya dapat dipastikan setara dengan pekerjaan, kelayakan, prestasi dan kemampuan,” katanya. BH
Elak campur tangan politik lantik anggota kerajaan, pemberian kontrak – Alumni PTD
Baca Artikel Menarik:
- Himpunan desak Zahid undur dibatalkan
- Sendiri tak mahu letak jawatan, jangan minta orang lain berundur
- Operasi MYAirline bermula dengan tiket serendah RM48
- Tepati janji manifesto anda, TI-M beritahu Anwar
- PM umum GRS secara rasmi sertai Kerajaan Perpaduan
- Jangan simpan lagi, dedahkan nama 42 ahli Parlimen sokong PN – Shahrir
- Tok Mat bakal TPM?
- Anwar harus bentuk Jemaah Menteri berprestasi, disenangi
- Kerajaan Anwar tiada keabsahan moral – Faizal
- PAS akan bincang tawaran sertai kerajaan perpaduan
- Video panas, Ismail Izzani dikecam teruk
- PAU 2022 tiada pemilihan parti – Razlan
- TPM milik BN dan GPS – Anwar
- Annuar dilantik sebagai presiden Muafakat Nasional
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan