Pas Buat Keputusan Tidak Akan Sertai Kerajaan Persekutuan

Pas Buat Keputusan Tidak Akan Sertai Kerajaan Persekutuan

Pas membuat keputusan hari ini tidak akan menyertai Kerajaan Persekutuan, demi menghormati kepercayaan dan mandat yang diamanahkan oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Sabtu lalu.

Sehubungan itu, parti itu mengisytiharkan akan terus berperanan sebagai pembangkang terhadap Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ini demi menghormati kepercayaan dan mandat majoriti rakyat khususnya para pengundi yang telah memilih Pas dan Perikatan Nasional (PN) dalam PRU15,” kata Setiausaha Agung Pas Datuk Seri Takiyuddin Hassan.



Justeru, katanya menerusi satu kenyataan, “Pas akan terus berperanan sebagai pembangkang yang konstruktif dengan menasihati semua pihak bagi memastikan tadbir urus negara berjalan lancar dan dapat ditegakkan berpaksikan kepada prinsip Prihatin, Bersih dan Stabil.”

Semalam, Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya kekal dengan pendirian tidak menyertai kerajaan yang diterajui PH, walaupun Anwar mempelawa gabungan itu menyertai pentadbirannya.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Anwar atas tawaran berkenaan namun menolaknya atas semangat menyuburkan demokrasi dan melaksanakan peranan semak dan imbang yang berkesan dalam Parlimen.

Terdahulu, Takiyuddin mengeluarkan kenyataan bahawa Pas akur keputusan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan sedia berbincang kemungkinan menyertai kerajaan perpaduan.



Katanya, Pas akan berbincang bersama rakan komponen PN berhubung tawaran Perdana Menteri untuk menyertai kerajaan perpaduan dan meninjau pandangan dan kesediaan rakyat yang telah memberikan undi memberangsangkan kepada Pas dan PN. AA

Pas Buat Keputusan Tidak Akan Sertai Kerajaan Persekutuan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya

Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker