Tok Mat calon paling sesuai
Tok Mat calon paling sesuai
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dianggap sebagai calon paling sesuai untuk diangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM).
Malah ia turut dipersetujui oleh beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan UMNO di Negeri Sembilan.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, Mohamad merupakan seorang tokoh pemimpin yang boleh diketengahkan sebagai TPM.
“Bagaimanapun kuasa itu masih terletak kepada parti untuk membuat keputusan sekiranya jawatan itu diberi kepada UMNO.
“Secara peribadi, jika TPM itu datangnya dari Negeri Sembilan, saya lagi sokong dan saya di peringkat Negeri Sembilan sokong jika Tok Mat (Mohamad) diangkat sebagai TPM,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Persidangan Ketiga Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri(DUN) Negeri Sembilan Yang Ke-14 di sini pada Jumaat.
Menurutnya, beliau percaya UMNO mempunyai ramai pemimpin yang mempunyai pengalaman yang panjang dan pelbagai.
Begitu juga Speaker DUN Negeri Sembilan, Datuk Zulkefly Mohamad Omar yang menyifatkan Mohamad sebagai pemimpin yang berkebolehan ditambah pula dengan latar belakangnya dalam bidang ekonomi.
“Prestasi dia pun bagus. Pengalaman dia selama tiga penggal sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan pun cukup jika beliau dipilih sebagai TPM.
“Jika itu yang dipilih oleh Perdana Menteri, itulah terbaik. Yang penting, pemimpin yang dipilih boleh membantu memacu ekonomi negara dan kita perlukan orang yang berpengalaman,” ujarnya
Selain itu, turut senada dengan pandangan tersebut, Timbalan Speaker DUN Negeri Sembilan, Datuk M Ravi mengakui beliau tiada masalah walau siapa sahaja yang diangkat sebagai TPM.
Bagaimanapun beliau turut bersetuju sekiranya Mohamad dipilih menjawat jawatan itu.
“Tok Mat seorang pemimpin yang bagus dan dari segi kelayakan, beliau tiada masalah.
“Pencapaiannya juga bagus sebagai pembangkang di Negeri Sembilan dan beliau juga hormati kerajaan negeri. Saya tak nampak dia timbulkan apa-apa isu nasional,” katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa turut menyifatkan Mohamad sebagai calon paling sesuai sebagai TPM.
“Ia sejajar dengan pengalaman dan ketokohannya sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan sebelum ini yang disifatkan sangat berjaya,” katanya.
Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim turut menyifatkan Mohamad calon paling sesuai dari UMNO untuk diangkat sebagai TPM.
Tok Mat calon paling sesuai
Baca Artikel Menarik:
- Himpunan desak Zahid undur dibatalkan
- Sendiri tak mahu letak jawatan, jangan minta orang lain berundur
- Operasi MYAirline bermula dengan tiket serendah RM48
- Tepati janji manifesto anda, TI-M beritahu Anwar
- PM umum GRS secara rasmi sertai Kerajaan Perpaduan
- Jangan simpan lagi, dedahkan nama 42 ahli Parlimen sokong PN – Shahrir
- Tok Mat bakal TPM?
- Anwar harus bentuk Jemaah Menteri berprestasi, disenangi
- Kerajaan Anwar tiada keabsahan moral – Faizal
- PAS akan bincang tawaran sertai kerajaan perpaduan
- Video panas, Ismail Izzani dikecam teruk
- PAU 2022 tiada pemilihan parti – Razlan
- TPM milik BN dan GPS – Anwar
- Annuar dilantik sebagai presiden Muafakat Nasional
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan
You must be logged in to post a comment.