Megat Zulkarnain ganti Noh ketuai Umno Selangor

Megat Zulkarnain ganti Noh ketuai Umno Selangor

Umno melantik dua ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) baharu, termasuk Ketua Bahagian Gombak, Megat Zulkarnain Omardin yang menggantikan Noh Omar untuk mengetuai Umno Selangor.

Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan menerusi Twitter berkata, Ketua Umno Bahagian Wangsa Maju, Shafie Abdullah dilantik menganggotai MKT.

Megat Zulkarnain dan Shafie mengangkat sumpah rahsia dalam mesyuarat pada malam Rabu lalu.

ADUN Sungai Tiang, Suraya Yaacob pula dilantik sebagai timbalan ketua Umno Kedah, menggantikan Othman Aziz.

Noh dan Othman meletak jawatan Ahad lalu, susulan prestasi buruk Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-15. FMT

Megat Zulkarnain ganti Noh ketuai Umno Selangor


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya

Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan

Bangun Nad, kita ada PM baru – Sharifah Amani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker