PRN Johor: Tok Mat mahu majoriti besar demi kestabilan

DITANYA kepada DATUK SERI MOHAMAD HASAN mengapa PRN Johor perlu diadakan, beliau mahu semua pihak bersikap realistik dan berpijak di bumi nyata.

Johor, hatta impak (pilihan raya) kepada Malaysia sangat penting, kerana imej kestabilan negara perlu dikembalikan semula ke radar antarabangsa, kata Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN).
“Tiada siapa yang rasional mahu melabur jika tidak ada kestabilan.

Dengan satu atau dua majoriti seperti di Johor ini, segala kemungkinan boleh berlaku. Dua orang wakil rakyat jatuh sakit atau dua orang terkena jangkitan Covid-19, kerajaan boleh runtuh,” kata tokoh yang mesra disapa Tok Mat itu.



“Pada 2017, pertumbuhan ekonomi kita adalah sebanyak 5.8 peratus. Ia yang kedua tertinggi di Asia selepas China. Pasaran saham Malaysia adalah yang paling lama berada dalam prestasi terbaik. Namun sekarang, pasaran saham kita antara paling tercorot di dunia.

“Nak tunggu apa lagi (untuk diadakan pilihan raya)? Kalau itu pun kita gagal baca, tak tahulah saya,” katanya kepada wartawan Mingguan Malaysia, ZULKIFLI JALIL dan JUANI MUNIR ABU BAKAR yang disertai jurugambar RAJA JAAFAR RAJA ALI di Hotel Double Tree, Johor Bahru, Rabu lalu.

MAJORITI DUA PERTIGA?

Mingguan Malaysia: Agak susah nak baca PRN Johor dengan kehadiran banyak parti termasuk munculnya Parti Muda, Warisan dan Pejuang. Bagaimana cabaran dan peluang BN kali ini?
MOHAMAD: Ia susah nak baca dan susah nak buat anggaran bukan kerana banyak parti (seperti) Pejuang, Warisan dan Muda yang bertanding. Di Johor ini, ada pengundi baharu dan bilangannya ramai iaitu 756,000 orang.



Johor pula kawasannya luas, bilangan DUN pula banyak, 56 (kerusi DUN). Jadi, kita tidak mahu buat anggaran dan jangkaan yang dipakai untuk seronok sendiri. Bagi saya, jika buat anggaran dan jangkaan itu, mesti setelah kita betul-betul dapat unjuran dan petunjuk tepat (kerusi DUN yang akan dimenangi).
Walaupun kita dah buat dry run (Johor) election yang pertama, tetapi saya masih belum puas hati. Kita akan buat dry run yang kedua minggu depan. Selepas selesai (baru) saya boleh dapat gambarannya. Walau bagaimanapun, daripada pemerhatian dan apa yang saya dapati, dengan yakin saya katakan yang UMNO dan BN berada dalam kedudukan terbaik untuk kita cross the line.

Berapa kerusi disasarkan?
Susah untuk saya membuat anggaran untuk sementara waktu. Bukan sebab banyak parti (yang bertanding), tetapi adalah disebabkan oleh pengundi yang didaftarkan secara automatik. Ramai jumlahnya. Satu DUN sekurang-kurangnya ada 6,000 ke 7,000 pengundi, tetapi satu tempat (lain) bertambah 20,000 hingga 30,000, dan ada yang sehingga 40,000 pengundi. Jadi, sukar untuk kita hendak buat anggaran (untuk menang kerusi DUN) berdasarkan kepada pengundi yang kita tidak pernah kaji sikapnya. Ini menyukarkan kita dan membuat kita berhati-hati dalam membuat anggaran.

Adakah BN boleh capai majoriti mudah?
Untuk melepasi 28 kerusi (majoriti mudah), saya fikir kita boleh. Tetapi hendak kata dua pertiga itu, sukar untuk saya mengagak lagi. Tetapi bagi saya, kita kena cross the line first. Kita lepasi garisan penamat (28 kerusi DUN) itu dahulu.
LAMPU SULUH
Mungkinkah berulang lagi keadaan sama majoriti tipis 28 kerusi?
Jika kita dah cross (majoriti mudah), maksudnya kita dah cross 28 (kerusi DUN). Kita yakin kita (boleh) cross 28 (kerusi DUN). Cuma kena kerja lebih kuat dan perlu gerak kerja (akar umbi) yang kemas terutamanya gerak kerja Jaringan Rakyat oleh Wanita UMNO. Yang paling penting, kita buat kajian di akar umbi dan kita tahu sikap pengundi serta bawa seramai mungkin mereka keluar mengundi. Ramai cakap (mereka) menyokong BN, tetapi tidak keluar mengundi, tidak gunalah juga. Jadi penting pada 12 Mac ini (kita) mengeluarkan seramai mungkin pengundi putih yang telah kita kenal pasti untuk mengundi BN.

KLUSTER MAHKAMAH’



Perikatan Nasional acap kali bangkitkan isu ‘kluster mahkamah’. Berulang-ulang (mereka) bercakap calon-calon BN di Johor menyokong kluster ini. Komen Datuk Seri?
Isu ‘kluster mahkamah’ yang dimainkan (oleh mereka) ini sebab mereka dah ketandusan isu. Tiada modal lain. Apa (lagi) mereka hendak cakap? Apa (lagi) mereka hendak janjikan? Mereka dah janji macam-macam. Ketika PRU-14, apa sahaja di dalam dunia, mereka dah habis janjikan.
Tidak buat apa pun, jadi PRN Johor ini hendak janji apa lagi? Jadi, carilah isu. Oleh kerana banyak isu mereka tidak boleh sentuh kerana kegagalan mereka dahulu, maka, isu yang sesuai adalah isu ‘kluster mahkamah’.
Soalnya, apa kena mengena isu ‘kluster mahkamah’ dengan Pilihan Raya Johor. Datuk (Seri) Najib bertanding ke? Datuk (Seri) Zahid bertanding ke? Mereka (pembangkang) pun terpalit sama juga dengan isu ‘kluster mahkamah’, tetapi tidak pula kita kata mereka ‘kluster mahkamah’.

Jika UMNO berkuasa, apakah akan gugurkan pertuduhan?
Kita tidak pula kata bila UMNO berkuasa kita akan gugurkan segala pertuduhan. Bahkan sekarang Datuk Seri Ismail Sabri jadi Perdana Menteri, dia pemimpin UMNO. Dia tidak buat seperti Pakatan Harapan lakukan setelah menang sahaja PRU-14. Ketika itu, kes Lim Guan Eng sedang dalam perbicaraan. Kes itu digugurkan dan ditarik balik oleh Peguam Negara. Tetapi (sekarang ini) kita tidak buat. Datuk Seri Najib gagal rayuannya di Mahkamah Rayuan. Malah Datuk Seri Zahid perlu membela diri di mahkamah. Jadi apa isunya?

Pandangan Datuk Seri terhadap ‘kluster mahkamah’ dalam Pakatan Harapan?
SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) terkejut kes Lim Guan Eng digugurkan (semasa PH memerintah). Mereka menyatakan rasa terkilan mereka. Di bawah Pakatan Harapan bukan sahaja semua kes Lim Guan Eng digugurkan, tetapi semua kes yang telah dibuat tangkapan dan didakwa (digugurkan). Jelas sekali mereka yang menyokong LTTE (Liberation Tigers of Tamil Eelam) pun digugurkan begitu sahaja. Jadi siapa sebenarnya mereka yang tidak menghormati rule of law. Perikatan Nasional mahu bercakap berkenaan ‘kluster mahkamah’, sedangkan mereka juga yang bersama Pakatan Harapan (ketika itu).

Jangan lupa mereka sebahagian dari PH semasa semua itu dilakukan.
Ada orang kata jijik dengan ‘kluster mahkamah’, tetapi atas kerjasama dan bantuan ‘kluster mahkamah’ inilah beliau (Tan Sri Muhyiddin Yassin) diangkat menjadi Perdana Menteri. Yang dikatakan ‘kluster mahkamah’ inilah yang menandatangani SD (akuan bersumpah). Lumrah manusia, semuanya mudah lupa.



INTEGRITI
Pejuang turut bangkitkan soal integriti sebagai bahan kempennya. Dalam soal ini bagaimana pula?
Integriti merupakan nilai universal, ia bukan hak milik Pejuang sahaja untuk diperjuangkan. UMNO pun sama, sebab integritilah UMNO tidak mendesak Peguam Negara dan mempengaruhi mahkamah untuk menggugurkan kes-kes pemimpin UMNO. Sebab apa? Kerana integriti. Kalau tidak ada integriti, kita sudah desak hakim malah Peguam Negara untuk menggugurkan kes atau batalkan hukuman yang telah dibuat.
Tetapi sebab UMNO berintegritilah, kita serahkan (semua keputusan) kepada mahkamah. Biarlah mahkamah dan hakim yang bijaksana untuk buat keputusan. Kita tidak campur tangan dalam kebebasan kehakiman. Integriti BN lebih tinggi daripada PH. Kita tidak lepaskan sesiapa walaupun (kita) berkuasa sekarang.
Jadi siapa yang ada integriti sekarang? Saya tidak pernah cakap untuk lepaskan Datuk Seri Najib (dari pertuduhan), lepaskan Presiden UMNO (dari pertuduhan). Siapa yang amalkan integriti dengan baik? Janganlah sebab seekor kerbau berlumpur, semua yang lain juga terpalit.

MUAFAKAT NASIONAL: APA CERITA SEBENAR?
Datuk Seri Abdul Hadi Awang melabelkan UMNO sebagai `itik patah kaki’ baru-baru ini. Apa kesannya terhadap Muafakat nasional?
MN bukan ditubuhkan sebagai parti politik. MN diasaskan oleh semangat penyatuan ummah. UMNO dan Pas bekerjasama untuk menyatukan umat Islam Melayu supaya ada satu landasan di mana apabila ada perkara yang menyentuh dan menggugat Islam dan orang Melayu, Muafakat Nasional adalah landasan terbaik untuk menguruskannya.
Penyatuan ummah bukan untuk landasan politik. Sebab itu saya tidak setuju dengan cadangan untuk MN didaftarkan sebagai parti politik walaupun ada pemimpin UMNO dan Pas sendiri mendesak MN didaftarkan, saya tidak bersetuju.

Jadi Datuk Seri setuju MN sebagai apa?
Bagi saya biarlah Muafakat Nasional kekal menjadi satu landasan yang bebas dan tidak mengikat. Kita jadikan ia sebagai landasan untuk orang Melayu. A common platform for Malays and for the Muslims. Bila bercakap tentang Islam, bukan orang Melayu sahaja.
Cina dan India pun ada yang Islam. Iban juga ada yang Islam. Jadi, biarlah MN ini sebagai landasan atau movement sebagai Muslim Brotherhood, sebuah pergerakan massa.
Apa kesan jika MN hancur?
Apabila orang kata MN telah hancur sebab Pas dan UMNO tidak bersama, ini bukan isunya. Kerana kita tidak pernah terikat atau tidak pernah pun berdaftar sebagai pertubuhan mahupun sebagai parti politik. Kita cuma tandatangani piagam untuk menyatupadukan orang Melayu Islam. Jadi maknanya tiada UMNO dan PAS pun tidak mengapa, asalkan semangat dan landasan (penyatuan ummah) itu ada. Sebab itu, bila timbul isu ICERD maka orang Melayu ramai-ramai datang (berdemonstrasi). Bukan orang UMNO dan Pas sahaja yang datang, tetapi (disertai) oleh orang yang berlatar belakang berlainan, NGO-NGO yang tiada kena mengena politik pun datang. Tiada sponsor tiket sebagainya. Mereka tidur di tepi jalan.

BILA PRU15?



Adakah PRU15 perlu diadakan tahun ini?
Saya tidak cakap bila tarikhnya. Itu terpulanglah kepada kebijaksanaan Perdana Menteri. Tetapi, dari segi strategi politik dan demi ketentuan kestabilan politik negara serta mendapat keabsahan mandat rakyat, PRU perlu diadakan segera. Saya bukan kata yang BN hendak kuasa, tetapi sebab kita (perlu) pulihkan imej Malaysia. Supaya Malaysia diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa semula. Kerajaan hari ini tidak dipilih melalui pilihan raya. Mereka (masyarakat antarabangsa) tidak iktiraf kerajaan back door. Kerajaan sekarang ditubuhkan bukan hasil dari pilihan raya umum , tetapi ditubuhkan atas pakatan-pakatan ahli-ahli Parlimen.

Apa masalahnya dengan perkara itu?
Sampai bila hal ini terus berlaku? Kadar Keluaran Negara Kasar (KDNK) dunia sudah mula naik. Kita mesti ubah cepat. Kita mesti letak Malaysia dalam peta antarabangsa semula. Kalau tidak, kita akan tercicir. Bila ekonomi global dah meningkat, orang tidak akan menunggu kita dan Malaysia akan terus tercicir lagi. Ini masa sesuai untuk perbetulkan (imej Malaysia) dengan menyatakan kepada masyarakat antarabangsa bahawa kita adalah pure democratic government. Kita adalah negara yang mengamalkan demokrasi. Jadi masyarakat antarabangsa akan mengiktiraf kita sebagai sebuah kerajaan yang dipilih secara sah oleh rakyat. Bukannya ditubuhkan secara berpakat-pakat. Beli katak sana, beli katak sini. Itu maksud saya. Bukan sebab kerana kita menang PRN di Melaka, menang PRN di Johor, yang menyebabkan kita hendak buat Pilihan Raya Umum. Tidak, tidak. Asas saya, (imej) Malaysia perlu dibetulkan semula dan politik perlu distabilkan.

DAHAN BERGANTUNG
Benarkah politik Malaysia tidak stabil sebab ada banyak terlalu banyak parti politik Melayu?
Banyak parti tidak mengapa, tetapi paling penting jangan lupa pada asas dan tujuan penubuhan parti. Seperti UMNO, (kita) jelas. Penubuhan kita iaitu memperjuangkan martabat agama, kedudukan bangsa dan kepentingan negara. Cuba tanya asas parti lain. Parti Muda apa asasnya? Begitu juga Pejuang dan PKR.
Jadi, orang dan pengundi kena faham untuk memilih parti yang membawa kepada kestabilan dan boleh dijadikan dahan untuk bergantung, bukan parti yang dipilih hanya untuk melepaskan selera masing-masing. Masyarakat Malaysia (sudah matang), kita tidak boleh pandang rendah sebab mereka bijak dan boleh berfikir sendiri.
Jadi kita pulangkan (kebijaksanaan) kepada pengundi, supaya mereka boleh memilih parti yang boleh membawa kestabilan dan kesejahteraan kepada mereka.

Parti Muda beri cabaran kepada UMNO?
Apa sahaja berlaku di luar, kita mesti melihatnya sebagai satu cabaran. Kita tidak boleh pandang rendah kepada seseorang atau kepada sesebuah parti. Yakin diri itu penting. Tetapi jangan sampai memandang rendah kepada semua. Apabila melihat kepada sesuatu sebagai cabaran, (kita) mestilah sentiasa berwaspada dan jangan ambil mudah. Jika berwaspada, kita ambil langkah dan strategi yang betul untuk memenangi hati rakyat.



DAP
DAP masih musuh UMNO?
UMNO tidak memusuhi sesiapa, DAP yang bermusuh dengan UMNO. Ini kerana UMNO ditubuhkan lebih awal dan mereka (datang) kemudian. Kita tak musuhi sesiapa, dialah yang bermusuh dengan kita. Kita tubuhkan UMNO dan bersama dengan rakan-rakan Parti Perikatan untuk memerdekakan tanah air, tetapi DAP nak rampas kuasa. Dia hendak merampas kuasa dan bermusuh dengan kita. Jika mereka berbuat demikian, kita mestilah berwaspada. Jadi, bila kita berhadapan dengan parti (DAP) itu, kita ada approach tersendiri dan perlu dipelbagaikan.

DUN ‘TERGANTUNG’?
Adakah UMNO bercadang bekerjasama dengan parti lain jika DUN Johor ‘tergantung’?
Saya belum sampai merancang ke tahap itu lagi… let us cross the line first. Jika kita berjaya cross the line, kita akan fikir perkara selanjutnya. Sebab keutamaan saya sekarang ialah hendak menang. Sebab itu saya cakap we cross the line terlebih dulu. Nak makan lauk tambah dan sambal ke, itu kita kena kerja lebih kuat lagilah.

Apakah tahap keyakinan kemenangan itu?
Saya yakin rakyat melihat UMNO dan BN sebagai sebuah parti yang boleh membawa kestabilan. Rakyat dah bagi 22 bulan kepada PH , tetapi politik negara tidak stabil. 17 bulan pula kepada PN juga tidak menjamin apa-apa. Saya yakin bahawa rakyat tahu dan pandai menilai prestasi tiga kerajaan berbeza dan tahu parti yang mana yang akan mereka pilih di PRN Johor ini. Dulu PH belum pernah diuji kemampuan mereka. Sekarang sudah diuji selama 22 bulan dan mereka gagal. Dulu di PRU14 Slogan mereka ialah “Ini Kalilah”, sekarang ini kalilah kita tukar semula kepada BN. – Mingguan Malaysia

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Mahathir: Najib Bogel Bogel Bogel

Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]

Pelakon Bollywood Shah Rukh Khan Ditampar Guru Tari Padah Mengeluh Terlalu Penat

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker