Bentang usul undi percaya selaras amalan demokrasi: Penganalisis

Sebaran :

Rabu – Pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung pembentangan usul undi percaya kepada beliau pada sidang Parlimen bulan depan adalah selaras dengan amalan demokrasi, kata penganalisis.

Penganalisis politik dan kerajaan Dr Al-Azharri Siddiq Kamunri berkata usul itu penting bagi Muhyiddin untuk menunjukkan bahawa beliau dan kerajaannya masih mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen.

“Saya yakin Ahli Parlimen secara peribadi akan mengundi pihak kerajaan. Ini kerana mereka tidak mempunyai pilihan selain menyelamatkan negara daripada pandemik COVID-19 dan sebagai ahli politik yang mencintai negara, mereka mesti menunjukkan tahap patriotisme terhadap negara berbanding kepentingan peribadi,” katanya.

Muhyiddin dalam perutusan khas hari ini berkata beliau telah menyembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bahawa beliau akan menentukan keabsahannya sebagai perdana menteri di Parlimen dengan membenarkan suatu usul undi percaya kepadanya dibentangkan di Dewan Rakyat pada September.

Beliau berkata melalui cara itu, kedudukan beliau sebagai perdana menteri dan Perikatan Nasional sebagai kerajaan yang memerintah akan dapat ditentukan mengikut lunas undang-undang dan Perlembagaan.

Dr al-Azharri Siddiq juga berkata gencatan politik perlu memandangkan negara kini sedang berjuang dengan peningkatan jumlah kes COVID-19.

“Perdana menteri perlu menumpukan perhatian kepada usaha menyelesaikan masalah negara yang timbul daripada COVID-19,” katanya.

Anwar dicabar buktikan majoriti sekarang tanpa tunggu Parlimen

Senada dengan Dr al-Azharri Siddiq itu, Pengarah Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Madya Datuk Dr Ismail Sualman berkata masa yang ada ketika ini harus dimanfaatkan sebaiknya termasuk melihat kepada formula baharu bagi menghadapi pandemik.

“Kalau berebut kuasa (ketika ini), tukar pentadbiran, tiada perdana menteri dan sebagainya saya nampak ia akan jadikan negara bertambah kalut, bertambah gawat yang hanya akan menyebabkan ekonomi terjejas dan pengurusan pandemik serta vaksinasi akan turut terjejas.

“Dalam tempoh ini, tolong fokuskan tujuan iaitu atasi pandemik, fokuskan perancangan untuk pastikan vaksinasi berjalan seperti biasa dan kalau boleh dilipat gandakan usaha, cari formula baharu yang boleh dibuat, janganlah diganggu dengan urusan perebutan kuasa,” katanya.

Beliau berkata kerajaan tidak seharusnya dipersalahkan dalam situasi pandemik COVID-19 kerana ia bukan hanya dihadapi negara sebaliknya merupakan krisis kesihatan dunia.

“Tak kan kerana gagal kawal pandemik COVID-19 perdana menteri kena letak jawatan… macam tu ramailah perdana menteri akan letak jawatan,” katanya.

Bentang usul undi percaya selaras amalan demokrasi: Penganalisis


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Abang Johari sifatkan ‘Tindakan PM’ cukup berani


Sebaran :

Leave a Reply