Najib memberi teguran kepada pengkritik kerajaan

Najib memberi teguran kepada pengkritik kerajaan

Kerajaan tak fokus lawan Covid-19’, Najib balas teguran terhadap pengkritik kerajaan

Najib Razak membalas teguran golongan yang sering mengecam pihak-pihak yang mengkritik kerajaan atas caranya mengendalikan wabak Covid-19.

Dalam dua catatan Facebook berasingan, bekas perdana menteri itu menyebut teguran terhadap pengkritik agar memberi tumpuan kepada membendung virus, bukan mengecam kerajaan.

Namun masalah utamanya, menurut Najib, adalah ketua kerajaan “tak pernah fokus lawan Covid-19”, merujuk kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

“Jika fokus, beliau tak berulang kali buat PKP (perintah kawalan pergerakan) separuh masak. Jika fokus, dia tak tipu rakyat dengan ‘total lockdown’ yang langsung tak ‘total’,” katanya.

“Jika fokus, takkan dengan kuasa penuh darurat serta Parlimen digantung selama 7 bulan supaya tiada yang boleh kacau kerajaan, Covid-19 boleh menjadi 12 kali lebih teruk berbanding masa darurat bermula?

Najib menuduh Muhyiddin hanya fokus kepada “bagaimana nak kekalkan kuasa”.

Katanya, Umno tidak boleh dipersalahkan atas majoriti tipis dimiliki kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana ini sudah pun berlaku sejak PN mula memegang kuasa.

“Sebab itu, kita mahu beliau undur supaya kerajaan benar-benar fokus lawan Covid-19,” katanya.

Tambahnya, Muhyiddin yang juga pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) “berulang-kali membuat kesilapan demi kesilapan demi kesilapan” berkenaan dasar-dasar untuk membendung wabak.

Najib juga menyangkal dakwaan bahawa negara semakin menghampiri kejayaan mengurus Covid-19.

“Serius? Cuba balik ke kawasan masing-masing dan laungkan ini kepada rakyat. Pergilah,” katanya.

“Rakyat akan tepuk bahu dan kata ‘betul, syabas, ‘good job’, PN terbaik’?”

Hal ini ditimbulkan Najib di tengah-tengah desakan Umno dan pihak pembangkang agar Muhyiddin mengundurkan diri setelah Umno menarik balik sokongannya terhadap kerajaan PN.

Muhyiddin sejak itu menegaskan beliau masih memiliki sokongan majoriti dan menuduh ada pihak berusaha menjatuhkannya kerana beliau enggan campur tangan dalam kes-kes mahkamah yang melibatkan beberapa individu. FMT

Najib memberi teguran kepada pengkritik kerajaan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Terpulang kalau nak tenggelam bersama Muhyiddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker