PAU 2022 tiada pemilihan parti – Razlan
PAU 2022 tiada pemilihan parti – Razlan
Tidak ada pemilihan parti pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang akan berlangsung pada 21 hingga 24 Disember ini.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata, Perlembagaan UMNO menetapkan pemilihan parti akan diadakan selepas enam bulan Pilihan Raya Umum (PRU).
“Maknanya pada Mei tahun depan akan diadakan pemilihan parti dan PAU tahun ini telah dijadualkan dari awal lagi akan diadakan dua kali disebabkan Covid-19. PAU 2021 diadakan pada Mac lalu,” katanya di sini, hari ini.
Malam tadi, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan MKT yang selesai bermesyuarat kira-kira jam 1 pagi tadi telah memutuskan PAU 2022 diadakan pada 21 hingga 24 Disember ini.
Menurut Mohd Razlan, banyak lagi proses perlu dilalui untuk peringkat pemilihan parti, termasuk dimaklumkan kepada semua ahli bagi menyenaraikan nama yang menawarkan diri bertanding.
“Setakat ini, proses itu belum dilakukan lagi dan akan diadakan sebaik mendapat isyarat daripada pucuk pimpinan,” katanya. MG
PAU 2022 tiada pemilihan parti – Razlan
Baca Artikel Menarik:
- Annuar dilantik sebagai presiden Muafakat Nasional
- MCA Mersing desak Ka Siong letak jawatan
- Umno Terengganu akan lapor SPRM untuk siasat sumber kewangan PN sepanjang PRU-15
- Tiada pemilihan pada Perhimpunan Agung UMNO Disember
- Siasat sumber dana Muhyiddin, SPRM digesa
- Anwar Ibrahim sah diangkat sebagai Perdana Menteri Ke-10
- Ini sebab PN ditolak – Zahid
- Ketepikan sentimen, fikir masa depan negara – Johari
- PN tiba-tiba setuju dengan idea kerajaan perpaduan dengan PH
- DAP mohon maaf kepada GPS – Loke
- Hati-hati balasan masyarakat Dayak jika sokong Muhyiddin, GPS diberi amaran
- Takut tak dapat sokongan GPS, lagi pemimpin DAP mohon maaf
- Zambry ingatkan komponen BN: Jaga muafakat, adab
- Sabar saudara KJ, pemilihan dah tak lama – Zahid balas kritikan Khairy
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dari mana Muhyiddin ada ‘puluhan juta’, warganet tanya Annuar
You must be logged in to post a comment.