Jokowi ketua negara pertama ucap tahniah pelantikan Anwar

Jokowi ketua negara pertama ucap tahniah pelantikan Anwar

Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi menjadi ketua negara pertama yang menghubungi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mengucapkan tahniah atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri ke-10.

Anwar berkongsi perkembangan itu di Facebook miliknya, malah menggambarkan hubungan Malaysia dan Indonesia sebagai sahabat sejati yang terjalin sejak sekian lama.

“Terima kasih Presiden Indonesia, Bapak Joko Widodo, yang menjadi kepala negara pertama yang menghubungi saya mengucapkan tahniah.



“Saya tegaskan Indonesia adalah sahabat sejati Malaysia dan saya mengharapkan hubungan perdagangan, perniagaan, pelaburan, budaya dan isu pekerja dapat dipertingkatkan. Persahabatan kedua-dua semestinya diperkukuh,” katanya.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10, di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri ke-10 berlangsung di Dewan Singgahsana Kecil, Istana Negara, di sini, pada jam 5.06 petang.

Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan pelantikan itu selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.



Turut berangkat ke istiadat berkenaan adalah Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Anwar, 75, yang berbaju Melayu hitam lengkap bersamping warna keemasan diiringi isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

Presiden PKR itu mencipta rekod dengan menamatkan penantian 24 tahun untuk bergelar Perdana Menteri. BH

Jokowi ketua negara pertama ucap tahniah pelantikan Anwar




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dari mana Muhyiddin ada ‘puluhan juta’, warganet tanya Annuar

Pemain Arab Saudi terima hadiah Rolls Royces Phantom

Kami tak jual prinsip parti – Azalina

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker