Azlan Komeng dan Nur Nilam bersyukur lafaz cerai tidak sah

Azlan Komeng dan Nur Nilam bersyukur lafaz cerai tidak sah

PELAKON Azlan Komeng memaklumkan bahawa dia dan isteri, Nur Nilam Ortiz masih sah sebagai suami susulan lafaz cerai yang tidak sah di sisi undang-undang syariah.

Memetik laporan mStar, Azlan berasa syukur dengan keputusan mahkamah dan menjelaskan dia tidak berniat untuk melafazkan cerai itu kerana isterinya saat itu tertekan memikirkan kehadiran orang ketiga.

“Alhamdulillah kami masih lagi suami isteri… perkara itu berlaku tanpa niat cuma ada salah faham terhadap perkataan. Saya tak lafazkan dengan ayat yang nyata.

“Saya memang tak berniat, saya kasihan lihat keadaan isteri saya ketika itu,” ujarnya.

Dalam pada itu, dia turut menjelaskan bahawa ‘orang ketiga’ yang disebut Nilam itu telah wujud sejak dia berkahwin dengan isterinya.

Tambah pelakon filem Anak Perjanjian Syaitan itu lagi, dia percaya individu itu berniat untuk menjatuhkan dirinya kerana dia tidak pernah berhubungan dengan orang lain selepas kahwin.

“Ramai yang tidak tahu cerita sebenar… isu yang masih berlaku bukan kerana saya masih ada hubungan dengan orang lain tapi ia kisah lama yang datang semula.

“Mereka ada komplot mahu merosakkan rumah tangga saya tapi mereka tidak berdepan dengan saya dan serang orang rumah,” jelasnya.

Sementara itu, Nilam turut memaklumkan dia akan mengheret individu yang mengganggu rumah tangganya ke mahkamah.

Dia juga memberitahu bahawa sudah lama bersabar sehingga memberi tekanan kepadanya dan suami.

“Saya masih menerima gangguan, video lucah masih ada gambar perbualan dan macam-macam. Saya sebenarnya telah ambil tindakan undang-undang hanya tunggu masa kumpul bukti dan heret ke mahkamah.

Terdahulu, isteri pelakon Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz mendedahkan bahawa telah diceraikan dengan talak satu pada Khamis dan bakal ke mahkamah bagi pengesahan. Utv

Azlan Komeng dan Nur Nilam bersyukur lafaz cerai tidak sah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa cium Siti Saleha?

Individu dakwa Fatin Umaidah dibuang keluarga kerana kahwin dengan Alif Teega

Cium Mimi, Meerqeen beri penjelasan

Tony Eusoff nafi video lucah itu miliknya

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker