Jokowi ketua negara pertama ucap tahniah pelantikan Anwar
Jokowi ketua negara pertama ucap tahniah pelantikan Anwar
Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi menjadi ketua negara pertama yang menghubungi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mengucapkan tahniah atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri ke-10.
Anwar berkongsi perkembangan itu di Facebook miliknya, malah menggambarkan hubungan Malaysia dan Indonesia sebagai sahabat sejati yang terjalin sejak sekian lama.
“Terima kasih Presiden Indonesia, Bapak Joko Widodo, yang menjadi kepala negara pertama yang menghubungi saya mengucapkan tahniah.
“Saya tegaskan Indonesia adalah sahabat sejati Malaysia dan saya mengharapkan hubungan perdagangan, perniagaan, pelaburan, budaya dan isu pekerja dapat dipertingkatkan. Persahabatan kedua-dua semestinya diperkukuh,” katanya.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10, di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri ke-10 berlangsung di Dewan Singgahsana Kecil, Istana Negara, di sini, pada jam 5.06 petang.
Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan pelantikan itu selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Turut berangkat ke istiadat berkenaan adalah Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Anwar, 75, yang berbaju Melayu hitam lengkap bersamping warna keemasan diiringi isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.
Presiden PKR itu mencipta rekod dengan menamatkan penantian 24 tahun untuk bergelar Perdana Menteri. BH
Jokowi ketua negara pertama ucap tahniah pelantikan Anwar
Baca Artikel Menarik:
- Annuar dilantik sebagai presiden Muafakat Nasional
- MCA Mersing desak Ka Siong letak jawatan
- Umno Terengganu akan lapor SPRM untuk siasat sumber kewangan PN sepanjang PRU-15
- Tiada pemilihan pada Perhimpunan Agung UMNO Disember
- Siasat sumber dana Muhyiddin, SPRM digesa
- Anwar Ibrahim sah diangkat sebagai Perdana Menteri Ke-10
- Ini sebab PN ditolak – Zahid
- Ketepikan sentimen, fikir masa depan negara – Johari
- PN tiba-tiba setuju dengan idea kerajaan perpaduan dengan PH
- DAP mohon maaf kepada GPS – Loke
- Hati-hati balasan masyarakat Dayak jika sokong Muhyiddin, GPS diberi amaran
- Takut tak dapat sokongan GPS, lagi pemimpin DAP mohon maaf
- Zambry ingatkan komponen BN: Jaga muafakat, adab
- Sabar saudara KJ, pemilihan dah tak lama – Zahid balas kritikan Khairy
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dari mana Muhyiddin ada ‘puluhan juta’, warganet tanya Annuar
Kami tak jual prinsip parti – Azalina