Imej UMNO, BN perlu diubah untuk pikat semula hati rakyat – Shahril
Imej UMNO, BN perlu diubah untuk pikat semula hati rakyat – Shahril
Imej parti UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu dibersihkan daripada didakwa serta dilihat terpalit dengan isu integriti terutama berkait rapat dengan rasuah membabitkan kalangan pimpinan dalam parti berkenaan.
Menurut Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan, imej tersebut telah menjadikan parti itu berhadapan penolakan daripada rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) baru-baru ini.
Jelasnya, pelaksanaan perkara berkenaan tidak boleh ditangguh sehinggakan UMNO dan BN terpaksa berhadapan ‘asteroid’ yang memungkinkan parti itu akan pupus.
Ia, katanya, selepas kedua-dua parti itu telah merasai dan menhadapi tsunami politik yang berlaku dalam beberapa PRU lalu.
“Saya mungkin kalau ada kesesuaian ataupun timing yang sesuai, mungkin saya boleh declare asset, mungkin perkara itu (dilihat) remeh tetapi perkara itu (mampu) memperlihatkan (UMNO dan BN) ini ada komitmen sedikit (dalam isu integriti).
“Saya tidak kata perkara ini boleh selesaikan semua masalah, hendak bersihkan imej parti akan ambil masa yang lama, bukan masa sebulan dua bulan tetapi ia bermula dengan langkah untuk berani (dengan) mengakui kita ada image problem dari segi integriti dan (kita perlu) ada komitmen untuk membersihkan imej (UMNO dan Barisan Nasional),” kata Shahril lagi.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan perjumpaan Santai Pemuda UMNO sempena PRU15 Parlimen Padang Serai di Lunas, di sini, pada Jumaat.
Dalam perkembangan sama, Shahril berkata, amalan politik khidmat dalam kalangan pimpinan parti juga tidak mencukupi sekiranya imej parti tidak dibersihkan daripada isu integriti.
Antara isu integriti dalam UMNO yang perlu dipulihkan dapat dilihat pada kekalahan besar dua pimpinan parti itu di Kedah iaitu Datuk Seri Mahdzir Khalid di Parlimen Padang Terap dan Datuk Seri Abdul Azeez Rahim di Parlimen Baling susalan penolakan di peringkat nasional terhadap parti itu.
Sementara itu, kata Shahril, agak sukar juga untuk membaca dan menilai sentimen pengundi di Parlimen Padang Serai, namun, akan berusaha sebaik mungkin bagi memenangi kerusi berkenaan.AA
Imej UMNO, BN perlu diubah untuk pikat semula hati rakyat – Shahril
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Himpunan desak Zahid undur dibatalkan
- Sendiri tak mahu letak jawatan, jangan minta orang lain berundur
- Operasi MYAirline bermula dengan tiket serendah RM48
- Tepati janji manifesto anda, TI-M beritahu Anwar
- PM umum GRS secara rasmi sertai Kerajaan Perpaduan
- Jangan simpan lagi, dedahkan nama 42 ahli Parlimen sokong PN – Shahrir
- Tok Mat bakal TPM?
- Anwar harus bentuk Jemaah Menteri berprestasi, disenangi
- Kerajaan Anwar tiada keabsahan moral – Faizal
- PAS akan bincang tawaran sertai kerajaan perpaduan
- Video panas, Ismail Izzani dikecam teruk
- PAU 2022 tiada pemilihan parti – Razlan
- TPM milik BN dan GPS – Anwar
- Annuar dilantik sebagai presiden Muafakat Nasional
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan
You must be logged in to post a comment.