GRS akan bekerjasama dengan kerajaan pimpinan Anwar

GRS akan bekerjasama dengan kerajaan pimpinan Anwar

Kerajaan Sabah menyatakan komitmen untuk bekerjasama sepenuhnya dengan kerajaan pimpinan Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sambil mengucapkan tahniah kepada Anwar atas pelantikan itu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor, berkata beliau yakin akan wujud kerjasama erat untuk merealisasikan pelbagai aspek pembangunan di negeri ini.

Katanya, ia termasuk usaha menunaikan hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) menerusi perbincangan di antara kerajaan Sabah dengan kerajaan Persekutuan yang baru dibentuk di bawah pimpinan Anwar.



“Kerajaan negeri akan bekerjasama sepenuhnya dengan kerajaan persekutuan di bawah pimpinan Anwar demi untuk manfaat dan kebaikan bersama,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Sementara itu, Hajiji turut menyatakan keyakinan terhadap kemampuan Anwar dalam usaha memulih dan membangkitkan semula ekonomi negara menerusi langkah yang akan dilaksanakan nanti.

“Pengalaman luas Datuk Seri Anwar mampu membawa kebangkitan ekonomi yang sangat diperlukan untuk rakyat dan pembangunan seluruh negara pada masa depan,” katanya.

Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) turut berharap Manifesto Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) termasuk usaha memperkasakan wilayah Sabah dan Sarawak dapat dilaksanakan dengan sebaliknya. BH



GRS akan bekerjasama dengan kerajaan pimpinan Anwar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dari mana Muhyiddin ada ‘puluhan juta’, warganet tanya Annuar



Pemain Arab Saudi terima hadiah Rolls Royces Phantom

Kami tak jual prinsip parti – Azalina



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker