Ferrari F50 dijangka dilelong lebih AS$6 juta di AS

Ferrari F50 dijangka dilelong lebih AS$6 juta di AS

MIAMI, Florida – Sebuah kereta sport Ferrari F50 keluaran tahun 1995 yang terkenal dalam kalangan peminat kenderaan pada zamannya, dijangka dilelong di Miami, Amerika Syarikat (AS) pada 10 Disember ini dengan jangkaan harga lebih AS$6 juta (RM27.45 juta).

Menurut akhbar The Sun kelmarin, kereta tersebut mempunyai bentuk seperti rahang dan mempunyai teknologi Formula Satu (FI). Ferrari yang akan dilelong itu mencatatkan jarak perjalanan hanya sejauh lebih 1,000 kilometer (km).

Sebanyak 349 buah kereta dua tempat duduk itu pernah dibina dan ia merupakan ken­deraan kelapan daripada mo­del F50 selain beratnya sangat ringan. Kereta itu dilengkapi enjin V12 berkapasiti 4.7 liter, manakala kelajuannya melebihi 300 kilometer sejam.



Ia pernah dihantar ke sebuah pengedar kenderaan di Singapura sebelum disimpan dan dijaga dan setelah kira-kira 18 tahun, ia kemudian dijual kepada pengumpul kereta Ferrari di Texas, AS yang turut dijaga dengan baik serta digunakan secara minimum.

Firma lelongan RM Sotheby’s akan melelong kenderaan berkenaan dalam keadaan di­selenggara dengan sempurna bagi tempoh 27 tahun.

Iklan yang mempromosikan lelongan tersebut memberitahu: “Untuk menemui F50 dengan dua pemilik dan jarak perjalanan yang rendah.

“Kereta ini mungkin merupakan contoh terbaik model ulang tahun ke-50 Maranello.”



Maranello ialah sebuah bandar di Itali dan dikenali sebagai lokasi kilang pengeluaran kereta Ferrari. K Online

Ferrari F50 dijangka dilelong lebih AS$6 juta di AS


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Agama, bangsa tak patut jadi isu dalam penubuhan kerajaan – Johari

Agong cadang kerajaan perpaduan PH-PN, Anwar setuju Muhyiddin tolak

Bakal pengantin ‘dirasuk’ roh, menari tarian Jawa

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker