Keluarga Glazer sedia jual Manchested United

MANCHESTER – Pemilik Manchester United, keluarga Glazer akhirnya menyatakan kesediaan untuk melepaskan kelab itu kepada mana-mana pihak yang berminat mengambil alih.

Selepas 17 tahun mengetuai pasukan, keluarga Glazer sudah pun sedia untuk mendengar sebarang tawaran namun menerusi laporan media tempatan Red Devils kini bernilai £5 bilion (RM27.18 bilion).

“Sebahagian daripada proses ini, Lembaga Pengarah kelab akan mempertimbangkan semua altenatif strategik, termasuk pelaburan baharu ke dalam kelab, penjualan atau pun transaksi lain,” menurut kenyataan yang dikeluarkan Man. United.



Pengarah dan Pengerusi Eksekutif bersama kelab, Joel Glazer berkata seiring dengan langkah untuk meneruskan sejarah kejayaan kelab, lembaga pengarah sudah pun beri kebenaran bagi satu penilaian menyeluruh dibuat.

“Sepanjang proses ini, kami akan kekal fokus untuk melayan penyokong, pemegang taruh dan pihak berkepentingan lain,” katanya.

Keluarga Glazer mula membeli Man. United pada 2005 dengan nilai £790 juta (RM4.29 bilion). AGENSI

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cara Hilangkan Dakwat Mengundi



Punca kekalahan Nurul Izzah

Langkah GRS seperti isytihar perang terhadap BN Sabah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker