PH sokong kekalkan Wan Rosdy sebagai MB

PH sokong kekalkan Wan Rosdy sebagai MB

Lapan wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Sabtu lalu, menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, sebagai Menteri Besar.

Perkara itu disahkan Sim Chon Siang, yang memenangi DUN Teruntum.



Beliau berkata, proses menandatangani SD itu berlangsung di sebuah pejabat peguam di Temerloh, dekat sini hari ini.

Chon Siang berkata, wakil rakyat lain yang bersamanya menandatangani SD di pejabat peguam ialah Chan Chun Kuang (Semambu), Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (Tras), Woo Chee Wan (Mentakab) dan Thomas Su Keong Siong (Ketari).

Tiga lagi calon PH iaitu Ho Chi Yang (Tanah Rata), Leong Yu Man (Triang) dan Lee Chin Chen (Bilut) menurut Chon Siang, juga dijangka berbuat demikian hari ini.

“Kami difahamkan perbincangan dengan BN Pahang mengenai pembentukan kerajaan negeri masih berjalan,” katanya semasa dihubungi di sini.



Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Pahang Rosli Abdul Jabar, ketika dihubungi memaklumkan setakat ini, tiada keputusan dicapai dalam perbincangan pembentukan kerajaan negeri antara Perikatan Nasional (PN) Pahang dan BN negeri.

PN Pahang diwakili Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pada perbincangan itu.

Sehingga kini, Wan Rosdy masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perbincangan pembentukan negeri.

DUN Pahang tergantung selepas keputusan PRU15 menyaksikan tiada parti berjaya memperoleh majoriti mudah iaitu 22 kerusi bagi membentuk kerajaan negeri.



Pada PRU15, BN memperoleh 16 kerusi manakala Perikatan Nasional (PN) mendapat 17 kerusi dan lapan oleh PH.

PN memenangi kerusi DUN Cheka, Tanjung Lumpur, Luit, Chenor, Bukit Ibam, Kuala Sentul, Tahan, Damak, Pulau Tawar, Jengka, Beserah, Pulau Manis, Lanchang, Kuala Semantan, Panching, Lepar dan Sungai Lembing.

BN pula menang di Inderapura, Benta, Jenderak, Padang Tengku, Batu Talam, Kemayan, Jelai, Guai, Kerdau, Dong, Muadzam Shah, Peramu Jaya, Chini. Pelangai dan Bebar selain turut merampas DUN Sabai daripada PH.

PH menerusi DAP pula memenangi DUN Tanah Rata, Tras, Triang, Mentakab, Bilut dan Ketari, manakala PKR menang di Semambu dan Teruntum.



DUN Pahang mempunyai 42 kerusi, namun proses pengundian DUN Tioman akan diadakan pada 7 Dis ini, susulan kematian calon PN, Md Yunus Ramli, 61, kira-kira jam 3.30 pagi pada hari pengundian, dipercayai akibat serangan jantung. BH

PH sokong kekalkan Wan Rosdy sebagai MB


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Agama, bangsa tak patut jadi isu dalam penubuhan kerajaan – Johari

Agong cadang kerajaan perpaduan PH-PN, Anwar setuju Muhyiddin tolak



Bakal pengantin ‘dirasuk’ roh, menari tarian Jawa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker