Rundingan BN dengan PH dan PN selesai

Rundingan BN dengan PH dan PN selesai

Rundingan Barisan Nasional dengan Pakatan Harapan-Perikatan Nasional telah selesai dan akan dibawa ke mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO malam ini untuk mendapatkan pandangan ahli-ahli MT.

Rundingan BN-PH berlangsung di Seri Pacific Isnin lalu manakala pertemuan dengan pemimpin PN pula diadakan hari ini di St Regis.



Sumber memberitahu, rundingan BN sama ada dengan PH atau PN adalah keputusan Majlis Tertinggi BN.

BN juga telah membentuk jawatankuasa terdiri daripada tujuh perunding yang diketuai oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohamad Hasan, Datuk Seri Dr Zamri Abd Kadir, Datuk Seri Dr Wee Kah Siong, Datuk Seri M Saravanan, Arthur Joseph Kurup dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Rundingan BN dengan PH, PN sudah selesai dan malam ini, Datuk Seri Mohamad Hasan akan bawa ke mesyuarat MT UMNO untuk pandangan MT dan esok pagi akan dibawa pula ke mesyuarat Majlis Tertinggi BN,” katanya.

Menurut beliau, selepas selesai dibawa kepada MT UMNO dan MT BN, barulah hasil rundingan dibentangkan kepada 30 Ahli Parlimen BN.



Katanya, Naib Presiden UMNO, Ismail Sabri tidak dilibatkan dalam rundingan bersama PH manakala rundingan bersama PN hari ini tidak dihadiri Ahmad Zahid kerana beliau tidak disihat dan diketuai oleh Mohamad.

Tujuh perunding yang dilantik untuk berunding dengan PH dan PN tidak boleh membuat sebarang keputusan sebaliknya menyerahkan kepada Majlis Tertinggi BN untuk memuktamadkannya.

Sementara itu Saravanan yang merupakan Timbalan Presiden MIC ketika dihubungi MalaysiaGazette mengesahkan kedua-dua rundingan itu yang akan dibincangkan lebih lanjut di peringkat MT UMNO dan diputuskan Majlis Tertinggi BN. MG

Rundingan BN dengan PH dan PN selesai




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Agama, bangsa tak patut jadi isu dalam penubuhan kerajaan – Johari



Agong cadang kerajaan perpaduan PH-PN, Anwar setuju Muhyiddin tolak

Bakal pengantin ‘dirasuk’ roh, menari tarian Jawa



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker