Rebut jawatan MB Perak, PAS dan Bersatu menafikan

IPOH – Perikatan Nasional (PN) Perak menafikan dakwaan berlaku perebutan jawatan Menteri Besar Perak di antara Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Setiausahanya, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata, tidak pernah timbul soal perebutan jawatan menteri besar di antara Pas Perak dan Bersatu Perak.

Menurutnya, sebarang keputusan sentiasa dibuat secara musyawarah di antara kesemua komponen PN.

“Saya sendiri tidak pernah gilakan jawatan menteri besar malah kami sendiri patuh kepada kepimpinan pusat dalam apa jua yang telah diputuskan.

“Malah pertemuan dengan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah tempoh hari pun tuanku menzahirkan ucapan tahniah atas kemenangan banyak kerusi kepada saya dan Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria.

“Tuanku turut menasihati kami agar menjadi wakil rakyat yang menunjukkan sikap yang baik tanpa menimbulkan kekecohan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Dalam pada itu, Zainol Fadzi yang juga Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak turut menafikan dakwaan parti itu akan keluar daripada gabungan PN sekiranya menteri besar dilantik dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas.

Jelasnya, dakwaan yang sedang tular ketika ini disifatkan berniat jahat dan cubaan menjatuhkan kredibiliti Bersatu.

“Saya perlu beri penjelasan bahawa tidak ada seorang pun ADUN Bersatu pernah mengeluarkan kenyataan seperti yang didakwa iaitu jika menteri besar daripada Pas maka kami akan keluar dari PN, ini satu fitnah besar.

“Dalam perjumpaan di istana telah memaklumkan kepada tuanku kami hanya mempunyai 26 wakil rakyat sahaja dan kami reda, namun janganlah aibkan kami seperti ini,” katanya.

Pada Selasa, satu tangkap layar perbualan dalam kumpulan Whatsapp tular mendakwa terdapat perebutan jawatan menteri besar di antara Pas dan Bersatu.

Razman dan Zainol Fadzi pada Isnin dititah menghadap Sultan Nazrin menyembah maklum bahawa PN tidak mempunyai majoriti mudah yang boleh menubuhkan kerajaan.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cara Hilangkan Dakwat Mengundi

Punca kekalahan Nurul Izzah

Langkah GRS seperti isytihar perang terhadap BN Sabah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker