Dua mesyuarat berasingkan BN malam ini, nantikan keputusannya

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) dijadual mengadakan dua mesyuarat berasingan dipercayai bagi memuktamadkan sokongan kepada gabungan parti politik yang mungkin membentuk kerajaan Persekutuan.

Kedua-dua mesyuarat itu, masing-masing mesyuarat Dewan Tertinggi BN dan mesyuarat bersama Ahli Parlimen gabungan berkenaan dijadual berlangsung di Ibu Pejabat UMNO dekat Menara Dato Onn di sini, pada jam 9 malam ini.

Perkara itu disahkan Bendahari Agung BN, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang tiba di bangunan berkenaan pada jam 8.25 malam tadi.



Bercakap kepada pemberita, beliau bagaimanapun menjelaskan belum memuktamadkan sebarang ketetapan berhubung perkara berkenaan, selain memaklumkan perkara itu akan dibincangkan secara menyeluruh, malam ini.

“Nanti kita tunggu selepas meeting (mesyuarat) malam ini. Terlalu awal untuk saya menyatakan sebarang pendirian.

“Dua meeting itu saya boleh sahkan, satu (Dewan Tertinggi) BN dan satu lagi (bersama) Ahli Parlimen,” katanya.

Ditanya sama ada akan menyatakan sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Ke-10, beliau menjelaskan, sebarang ketetapan itu perlu dibuat berdasarkan keputusan dicapai gabungan berkenaan secara kolektif.



Terdahulu, Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng, Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk Ramli Mohd Nor dan Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah, Datuk Arthur Joseph Kurup dilihat tiba di Ibu Pejabat UMNO bagi menyertai mesyuarat berkenaan.

Turut hadir, Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Sh Mohamed Puzi Sh Ali, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin.

Petang tadi, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan 30 Ahli Parlimen BN mengadap baginda di Istana Negara, jam 10.30 pagi esok.

Semua Ahli Parlimen BN itu dititahkan mengadap Agong secara berasingan bagi menyatakan sokongan untuk melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri seperti diperuntukkan mengikut Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cara Hilangkan Dakwat Mengundi



Punca kekalahan Nurul Izzah

Langkah GRS seperti isytihar perang terhadap BN Sabah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker