Ahli Parlimen BN boleh memilih PM depan Agong tanpa tekanan

SHAH ALAM – Sebarang dokumen yang dibuat bagi memberi tekanan kepada ahli Parlimen daripada menyokong mana-mana Perdana Menteri adalah tidak terpakai dan terbatal.

Bekas Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa berkata, dasar ‘no Anwar, no DAP’ seperti yang diputuskan oleh Perhimpunan Agung UMNO (PAU) adalah dasar yang terikat dan tidak boleh dirombak oleh mana-mana individu.

“Sedikit rumit adalah kerana ada pihak yang dari awal membuat pakatan sulit sejak sebelum pilihan raya umum (PRU) lagi, tanpa menyedari perkara itu satu kesalahan besar dan ianya batal dan tidak sah.

“Pendirian anggota Parlimen yang dipilih, untuk menentukan siapa yang mereka sokong bagi memegang jawatan Perdana Menteri, mestilah dibuat oleh ahli berkenaan tanpa sebarang tekanan oleh sesiapa jua,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Kata Annuar lagi, konspirasi terancang yang dibuat pihak tertentu adalah amat serius dan telah melanggari dasar PAU dan keputusan Dewan Tertinggi BN.



“Justeru kita yakin pada kebijaksanaan dan sikap adil dan berperlembagaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai penguasa mutlak dalam melantik seorang Perdana Menteri.

“Difahamkan setiap ahli Parlimen BN akan diberi peluang menyatakan sendiri pilihan mereka, sesuai dengan kehendak perlembagaan,” katanya.

Yang di-Pertuan Agong menitahkan 30 ahli Dewan Rakyat daripada BN menghadap secara individu pada jam 10.30 pagi Rabu di Istana Negara.

Menurut Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin, pertemuan itu adalah lanjutan daripada sesi menghadap ketua gabungan Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin pada jam 4.30 petang Selasa.



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cara Hilangkan Dakwat Mengundi

Punca kekalahan Nurul Izzah

Langkah GRS seperti isytihar perang terhadap BN Sabah

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker