Jiwa saya rapuh – Diana

Jiwa saya rapuh – Diana

Senyuman manis yang sentiasa terukir dan gelak tawa sepanjang temubual seolah-olah menggambarkan tiada sekelumit pun rasa sedih menyelubungi hati aktres jelita, Diana Danielle, ketika ini.

Malah, ketika Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Subang mengesahkan perceraiannya dengan bekas suami, iaitu pelakon den pengarah, Farid Kamil pada 10 Ogos lalu, Diana tenang dan tidak menitiskan air mata.



Meskipun pada zahirnya, wanita ini tampak tabah, gundah dalam hati, tiada siapa tahu.

Bertemu Diana pada majlis pelancaran single terbaharunya, Bersama Dengan Rindu, baru-baru ini, dia ibarat pesalah cinta yang sedang menanti untuk dihakimi.

Banyak perkara dikongsi pelakon berdarah kacukan Melayu dan Inggeris ini.

Antaranya mengenai pengalaman menjalani hidup sebagai ibu tunggal dan beberapa cerita ‘panas’ yang menghambat sepanjang fasa baharu dalam hidupnya ini.



Tanpa berselindung, Diana atau nama sebenar, Diana Danielle Danny Beeson, 32, mengakui dirinya seperti wanita lain yang senasib. Dia tidak mampu menahan emosi tatkala berdepan situasi sukar seperti itu.

“Situasi sekarang cukup getir buat saya. Dalaman saya sangat rapuh dan jiwa amat sensitif.

“Tidak dinafikan saya agak kekok untuk menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal. Sebelum ini, saya ada pasangan yang boleh diajak untuk berbincang apa sahaja.

“Tetapi, hendak buat macam mana. Ini adalah pilihan saya dan sedang belajar untuk menyesuaikan diri dengan situasi ini.



“Saya bersyukur dapat sokongan daripada banyak pihak termasuk keluarga, rakan, media dan peminat.

“Macam ini lah, apa yang saya lalui tidak seteruk orang lain. Saya sering membandingkan nasib saya dengan apa yang dilalui mereka di luar sana.

“Mungkin orang itu tidak ada pekerjaan atau tidak punya sesiapa untuk menjadi tempat bergantung.

“Saya pula ada kerjaya bagus dan sokongan tidak berbelah bahagi daripada semua pihak. Jadi, kesusahan ini saya anggap tidaklah sebesar mana dan masih mampu untuk tanganinya,” katanya.



Mendasari hati Diana mengenai reaksi terhadap kecaman netizen yang menilai tanpa tahu kedudukan sebenar, bintang filem Imaginur ini mengaku hatinya terguris.

“Ada ketika, apabila saya secara tidak sengaja membaca komen netizen, perkara itu mengganggu juga. Saya manusia biasa. Saya tidak boleh berpura-pura untuk tidak menghiraukannya. Ia (kecaman) mengguris perasaan saya.

“Tapi hendak buat macam mana? Nak tak nak, kenalah hadam. Saya lihat perkara itu dari sudut yang lebih besar.

“Orang akan cakap apa sahaja. Sebagai anak seni, kita kena belajar terima hakikat sama ada baik atau buruk,” kata aktres kelahiran, Houston, Texas, Amerika Syarikat (AS) ini.



Diusik pertanyaan apakah bersedia mencari pengganti selepas edah atau serik untuk kembali mendirikan rumah tangga selepas apa yang berlaku, Diana tiada jawapan.

“Saya tiada jawapan dan tidak tahu. Meskipun ada yang cuba mendekati, saya mengelak untuk terlalu memikirkannya.

“Saya pun dah tukar status (ibu tunggal). Kalau saya mula layan, perkara ini akan berpanjangan. Saya juga yang kena jawab pertanyaan media nanti,” katanya sambil tertawa.

Pada pertemuan itu, Diana turut menjawab spekulasi membuat perubahan pada wajah selepas foto dan video dia hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, atas urusan tuntutan hadanah, Isnin lalu, tular.



Enggan memberi penjelasan atau sebarang justifikasi, pelakon filem Magika ini lebih selesa membiarkan orang ramai membuat penilaian sendiri.

“Saya memang ada isu ketidakyakinan (insecurities) mengenai tubuh dan diri ini. Saya fikir adalah normal untuk kita bercakap mengenainya.

“Tidak kira sempurna mana diri kita, pasti ada perasaan itu. Cuma bagaimana kita hendak atasi ketidakyakinan itu.

“Tidak perlu rasanya untuk saya beri justifikasi dan jelaskan secara terperinci. Kalau orang perasan mengenai perkara itu, hendak buat macam mana,” katanya.

Mengulas mengenai pembikinan single Bersama Dengan Rindu, Diana menyifatkan lagu ciptaan Ezra Kong itu membuka lembaran baharu dalam karier nyanyiannya.

“Kalau ada yang perasan, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, saya hanya berlakon setahun sekali.

“Ini adalah suatu transisi untuk lebih serius dalam bidang nyanyian. Sebelum ini, saya tidak bertemu pasukan kerja yang tepat dan label (syarikat rakaman) yang boleh membantu menguruskan kerjaya nyanyian saya.

“Kalau saya berlakon, ia akan ganggu perancangan untuk aktif dalam bidang nyanyian. Bagi mulakan sesuatu yang baharu, kita kenalah fokus sepenuhnya. Tetapi, tidaklah sampai hendak berhenti berlakon.

“Sejak kecil lagi saya suka menyanyi. Saya akan paksa orang dengar saya menyanyi. Cuma, rezeki saya dalam bidang seni lebih awal dalam dunia lakonan,” katanya.

Bagi membuktikan kesungguhannya untuk menjadi penyanyi, Diana dibimbing tenaga pengajar profesional untuk memperbaiki teknik nyanyiannya. BH

Jiwa saya rapuh – Diana

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10, gegar segala gegar

Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta

Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera

Saya Anak Malaysia lagu wajib Hari Kebangsaan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker