Kerajaan Perpaduan: 10 Exco Perak angkat sumpah
KUALA KANGSAR – Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) negeri Perak di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di sini sebentar tadi.
Istiadat pelantikan itu berlangsung di Balai Istiadat Kecil di Istana Iskandariah, Bukit Chandan dekat sini.
Berangkat sama dalam istiadat itu ialah Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah dan Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Almarhum Sultan Idris Shah.
Tiga wakil Barisan Nasional (BN) daripada UMNO membarisi Exco kerajaan negeri Perak iaitu Datuk Mohd. Zolkafly Harun (Lintang), Salbiah Mohamed (Temengor) dan Khairudin Abu Hanipah (Belanja).
Turut tersenarai tujuh wakil gabungan parti dalam Pakatan Harapan (PH) di mana empat daripadanya ADUN DAP iaitu A. Sivanesan (Sungkai), Teh Kok Lim (Aulong), Loh Sze Yee (Jalong), Woo Kah Leong (Pasir Bedamar).
Exco lain PH ialah Sandrea Ng (Teja) dan Mohd. Azlan Helmi (Tualang Sekah) daripada PKR manakala Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (Sungai Rapat) daripada Amanah.
Mendahului istiadat mengangkat sumpah itu adalah Zolkafly, Mohammad Nizar dan Sivanesan, masing-masing pernah memegang jawatan Exco di bawah pentadbiran kerajaan negeri sebelum ini.
Diikuti Sze Yee, Salbiah, Kok Lim, Sandrea, Khairuddin, Mohd. Azlan dan Kah Leong yang merupakan lantikan baharu bagi jawatan berkenaan.
Kesemua mereka kemudian menandatangani surat sumpah dengan disaksikan Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Datuk Abdul Wahab Mohamed.
Semalam, Saarani telah mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Perak ke-15 selepas BN dan PH bersetuju menjalin kerjasama bagi membentuk kerajaan negeri di Perak.
Keputusan PRU15 baru-baru ini menyaksikan kerajaan negeri Perak tidak boleh dibentuk ekoran tiada mana-mana parti memperoleh majoriti mudah 30 daripada 59 kerusi DUN di perak.
PH hanya menang 24 kerusi DUN manakala PN 26 kerusi dan sembilan kerusi dimenangi BN.
Kerjasama antara gabungan PH dan BN menjadikan mereka mempunyai kerusi yang mencukupi iaitu 33 kerusi DUN sekali gus melepasi angka majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Saarani kekal MB Perak, angkat sumpah hari ini
- Gabungan kerajaan negeri BN, PH di Pahang – sumber
- Khairy tewas PRU15, menang di hati rakyat
- SD tak sign lagi. Kita cuma borak-borak dengan PH – Ismail
- Gabungan politik dibentuk tak perlu libat DAP – Umno Johor
- MIC tak tolak idea kerajaan campuran BN, PH
- 30 Ahli Parlimen BN bermesyuarat hari ini – Ahmad Maslan
- Hanya dewan tertinggi BN boleh buat keputusan – Ismail
- Beri peluang KJ tanding DUN Rantau, jadi ‘poster boy’ MB Negeri Sembilan – Puad
- Kepit payudara, Sharifah Sakinah malukan diri
- Turkiye serang utara Syria
- Tiba-tiba BN jadi ‘king maker’
- Muhyiddin atau Anwar PM?
- Lebih baik BN duduk di blok pembangkang – Shahril
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO perlu ‘total reset’, ini kesalahan presiden hingga bawahan – Akmal Saleh
You must be logged in to post a comment.