BN tewas, perjanjian dengan GRS terbatal

BN tewas, perjanjian dengan GRS terbatal

KOTA KINABALU: Perjanjian kerjasama di antara Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dengan Barisan Nasional (BN) Sabah menjadi terbatal apabila BN tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Sabtu lalu.

Pengerusi GRS, Datuk Hajiji Noor, berkata perjanjian dipersetujui GRS dan BN sebelum ini adalah GRS akan memberi sokongan kepada UMNO/BN jika parti itu layak membentuk kerajaan dan pemimpinnya menjadi Perdana Menteri.



“Bagaimanapun, apabila BN kalah dan UMNO tidak layak menjadi Perdana Menteri, maka perjanjian itu tidak sah dengan sendirinya.

“Perlu ditegaskan tiada janji sebelum pilihan raya dengan orang (pihak) lain termasuk dengan Pakatan Harapan (PH),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Hajiji dalam kenyataannya berkata, pendirian GRS untuk menyokong Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Ke-10 dan membentuk kerajaan.

Sementara itu, Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah, berkata GRS menolak dakwaan BN Sabah bahawa GRS mengisytiharkan ‘perang’ terhadap BN seperti dituduh pengerusinya, Datuk Seri Bung Moktar Radin, semalam.



Hajiji berkata, GRS tidak pernah mengisytiharkan perang terhadap BN seperti yang didakwa Bung Moktar. BH

BN tewas, perjanjian dengan GRS terbatal


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Cara Hilangkan Dakwat Mengundi

Punca kekalahan Nurul Izzah



Langkah GRS seperti isytihar perang terhadap BN Sabah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker