Polis siasat laporan peserta Unduk Ngadau dicabul

Polis siasat laporan peserta Unduk Ngadau dicabul

Polis siasat laporan peserta Unduk Ngadau dicabul

KOTA KINABALU: Polis akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung laporan polis seorang peserta pertandingan Unduk Ngadau 2021 yang didakwa dicabul oleh salah seorang jawatankuasa penganjur pertandingan itu, baru-baru ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, pihaknya akan merakam keterangan mangsa bagi melengkapkan siasatan.

Polis siasat laporan peserta Unduk Ngadau dicabul

“Siasatan yang dilakukan tidak akan mengambil kira latar belakang sesiapa sahaja termasuk individu yang didakwa.

“Tidak kiralah siapa pun, undang-undang tetap akan dikuatkuasakan, sesiapapun tidak boleh melangkaui undang-undang, kita akan siasat dengan adil dan menyeluruh,” katanya.

Polis siasat laporan peserta Unduk Ngadau dicabul

Sejak semalam, satu laporan polis bertarikh 21 Mei lalu tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp berhubung laporan polis seorang peserta Unduk Ngadau yang mendakwa diraba salah seorang jawatankuasa penganjur.

Polis siasat laporan peserta Unduk Ngadau dicabul


   Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET

[VIDEO] Pertandingan Ratu Cantik Lembu Jadi Tarikan Umum..Cute Pulak Tengok.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker