5 juta data peribadi penumpang AirAsia didakwa bocor

5 juta data peribadi penumpang AirAsia didakwa bocor

Data peribadi seramai lima juta penumpang dan pekerja syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia didakwa mengalami kebocoran selepas digodam kumpulan penggodam dikenali sebagai Daixin.

Menerusi ciapan di Twitter, pemilik akaun @TheFuturizts mendakwa, kumpulan berkenaan berkongsi dua fail yang mengandungi pelbagai butiran peribadi pekerja dan penumpang.

“Penggodam berlaku awal bulan ini.

“Fail pertama mengandungi maklumat penumpang, manakala yang kedua berkongsi butiran pekerja, seperti tarikh lahir, negara, alamat, tarikh pekerjaan, dan juga ‘soalan rahsia’ mereka dengan jawapan.

“Menurut jurucakap Daixin, AirAsia menghubungi kumpulan itu untuk berbincang supaya mereka memadam semula data yang dikongsi tetapi gagal mencapai persetujuan mengenai bayaran,” ciapnya pada Isnin.

Menurutnya, sebagai tindak balas, Daixin mengugut akan memuat naik semua data sulit AirAsia itu di internet.

Katanya, Daixin juga mendedahkan mereka tidak meneruskan serangan ke dalam sistem rangkaian AirAsia disebabkan ia tidak tersusun dan tidak mempunyai piawaian yang selaras.

Perkara itu mengejutkan kerana kumpulan penggodam itu sebelum ini hanya gemar menyerang bisnes-bisnes di Amerika Syarikat sahaja.
Setakat ini, AirAsia masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu kebocoran data berkenaan. – Sinar

5 juta data peribadi penumpang AirAsia didakwa bocor


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Punca kekalahan sebenar UMNO

UMNO perlu ‘total reset’, ini kesalahan presiden hingga bawahan – Akmal Saleh

https://mykmu.net/2022/11/20/seram-dengan-kerajaan-kesatuan-ummah-pn-bn-gps-dan-grs-kit-siang-desak-ph-agar-kerjasam

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker