Ugutan Rafizi tunjuk PH amal politik dendam

#PRU15

Ugutan Rafizi tunjuk PH amal politik dendam

Tindakan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, mengeluarkan kata-kata didakwa berbaur ugutan terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, disifatkan sebagai memperlihat parti itu mengamalkan politik dendam.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, sikap calon kerusi Parlimen Pandan itu jelas menunjukkan parti berkenaan tidak patut diberi mandat untuk mentadbir Malaysia.



Malah, Perdana Menteri berkata, sikap dendam sedemikian juga terbukti apabila Pakatan Harapan (PH) didakwa ‘menghukum’ penjawat awam sehingga ramai kehilangan kerja selepas gabungan itu menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Ini sikap sebenar mereka (PH) yang sentiasa memiliki sikap dendam dan pegawai yang tidak bersama (menyokong) dibuang seperti selepas PRU14.

“Penjawat awam jangan sesekali lupa apabila puluhan ribu pegawai kontrak seperti di Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Biro Tatanegara (BTN) dan sebahagian kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dibuang sehingga ramai hilang kerja ketika itu,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Warga Bandar 32, di Kemayan, di sini, hari ini.

Maka sekiranya peluang diberikan sekali lagi kepada PH untuk mentadbir negara, Ismail Sabri berkata, tidak mustahil perkara sama akan dilakukan semula terhadap penjawat awam.



Justeru, beliau berkata, rakyat perlu sedar bahawa Barisan Nasional (BN) adalah parti yang membela nasib rakyat tidak kira siapa dan latar belakang mereka.

Media sebelum ini melaporkan Rafizi pada Ceramah Mega PH di Johor Bahru, Rabu lalu, didakwa memberi amaran kepada Azam jika gabungan itu memenangi PRU15.

“Esok (Khamis) kita jumpa di mahkamah, lusa (Jumaat) satu hari lagi kempen, Sabtu kita mengundi. Lepas menang pilihan raya, kami cari Azam Baki, insya-Allah.

“Saya tahu Azam Baki tengok ini! Saya harap bila PH menang, bila kami cari kamu, kamu jangan salahkan adik kamu sekali lagi,” katanya. BH



Ugutan Rafizi tunjuk PH amal politik dendam


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sebak bersendirian di pelamin



SCRUT dedah syarikat yang melibatkan Muhyiddin dan ahli keluarga

Tiket Konsert BLACKPINK Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam Masa 30 Minit



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker