Empat iltizam Ismail Sabri satukan rakyat Malaysia

#PRU15

Empat iltizam Ismail Sabri satukan rakyat Malaysia

Empat iltizam yang disenaraikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri untuk Malaysia sememangnya mencerminkan kesungguhan dan kemampuan beliau membawa negara ke arah yang lebih baik berdasarkan ‘track record’ yang diterajui serta dilaksanakannya selama 15 bulan.

Antara iltizam yang dinyatakan beliau sekiranya diangkat menjadi Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) adalah menyatupadukan rakyat demi kesejahteraan dan kebajikan Keluarga Malaysia selain menyuburkan kemakmuran ekonomi serta pembangunan negara.

Ketiga adalah memelihara kesucian agama Islam tanpa meminggirkan agama lain selaras Perlembagaan Persekutuan serta memperkasa integriti tadbir urus negara.

Naib Presiden Siswa Melayu Semenanjung, Muhammad Danial Alimin, berkata, empat iltizam itu jelas menunjukkan Ismail Sabri sebagai individu yang layak untuk diangkat dan dikekalkan sebagai Perdana Menteri ke-10 selepas PRU15 ini.

Menurut Muhammad Danial, iltizam menyatupadukan rakyat demi kesejahteraan dan kebajikan Keluarga Malaysia itu penting kerana negara mempunyai pelbagai kaum terdiri daripada tiga bangsa utama iaitu Melayu, Cina, India serta lain-lain.

“Hal ini bagi memastikan perpaduan negara terjamin tanpa ada rasa tidak puas hati di kalangan bangsa tertentu sekali gus menjadi teras utama dalam memastikan kestabilan dan kemakmuran negara ini,” ujarnya.

Sementara itu, Pensyarah Bahasa Inggeris di Kolej Cosmopoint Pulau Pinang, Mohd. Hilmi Mahmud pula berkata, sebagai rakyat Malaysia, dia amat menyokong empat iltizam yang disenaraikan Ismail Sabri sekiranya beliau sekali lagi diberi peluang meneruskan pentadbiran selepas PRU15 ini.

“Saya setuju dan menyokong empat iltizam tersebut. Pertama, rakyat perlu bersatu padu dalam apa jua keadaan kerana tanpa kerjasama semua pihak, masalah yang dihadapi negara tidak akan menemui jalan penyelesaian.

Di Kuala Terengganu, seorang pelajar, Syahirah Yusoff, 19, berkata, kesemua jaminan Ismail Sabri yang juga calon Perdana Menteri itu menetapi konsep negara yang diidami.
“Generasi muda amat mendambakan sebuah negara yang mempunyai masa depan cerah bagi membolehkan kami bebas mengapai cita-cita.

“Berdasarkan perbualan dengan orang tua saya, saya merasakan semua azam itu tidak mustahil dicapai kerana BN telah membuktikannya sepanjang pentadbirannya 60 tahun sebelum ini,” katanya.

Seorang surirumah, Zaharah Ali, 45, pula percaya BN tidak pernah mengabaikan, malah sentiasa menyuburkan Islam sepanjang pentadbirannya sebelum ini.

“BN telah membuktikan pendekatan sederhana bukan sahaja mewujudkan keharmonian masyarakat berbilang kaum hidup malah pernah menjadi negara Islam contoh kepada dunia,” katanya.

Di Johor Bahru, pekerja swasta, Raden Mohammad Azwan berkata, pasca pandemik Covid-19 menyaksikan negara bukan sahaja terkesan daripada masalah ekonomi malah dihimpit pergolakkan politik dalam negara yang turut memberi kesan dalam usaha membangunkan ekonomi negara kita.

“Maka iltizam pertama dan kedua yang berkait perpaduan demi kesejahteraan kaum serta menyuburkan kemakmuran ekonomi adalah sering berkait. Kedua-dua ini merupakan perkara utama dalam mengembalikan Malaysia ke landasan yang betul dengan perpaduan menjadi kunci kepada keamanan negara.

“Keamanan yang wujud akan memberi impak kepada pembangunan ekonomi sesebuah negara dengan menarik semula keyakinan para pelabur asing untuk melabur di negara kita,” katanya. K Online

Empat iltizam Ismail Sabri satukan rakyat Malaysia


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sebak bersendirian di pelamin

SCRUT dedah syarikat yang melibatkan Muhyiddin dan ahli keluarga

Tiket Konsert BLACKPINK Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam Masa 30 Minit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker