Pengundi jangan percaya pada naratif PN bersih
#PRU15
Pengundi jangan percaya pada naratif PN bersih
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan pengundi Melayu supaya tidak terpedaya dengan naratif Perikatan Nasional (PN) iaitu akan membentuk kerajaan bersih dan stabil dengan merujuk beberapa pemimpin gabungan itu terpalit dengan skandal.
Zahid berkata, pemimpin PN ini bersembunyi’ disebalik imej parti sekutu yang mendakwa Islamik sama ada sedar atau tidak mereka dipergunakan.
“Mengundi PN bukan bermakna anda mengundi parti yang mendakwa Islamik, tetapi lebih mengundi Bersatu,” katanya di Facebook.
Zahid berkata, sebahagian pemimpin Bersatu merupakan ‘katak-katak politik’ yang mengkhianati mandat rakyat pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
“Tergamak membelot undi rakyat khususnya pengundi BN untuk bersekongkol dengan penzalim bagi mengelak dikenakan pendakwaan politik,” katanya.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata, Bersatu bersama kerajaan Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan, bagaimanapun setelah menyedari mereka hilang sokongan maka mereka meninggalkan gabungan itu.
Katanya, Bersatu telah memperdaya PAS untuk memecahkan Muafakat Nasional (MN) yang dimeterai bersama Umno pada 2019.
“Membentuk PN dan mendesak Umno menyertainya atas alasan ummah untuk mengambil kesempatan menamatkan Umno.
“Syukur alhamdulillah pemimpin Umno yang setia berjaya menyelamatkan parti terbesar Melayu itu daripada tergadai,” katanya.
Justeru Zahid mengingatkan rakyat bahawa tidak terpedaya dengan watak berbeza dimainkan oleh ‘pelakon’ yang sama.
“Ketahuilah sebahagian PN adalah PH dan sebahagian PH adalah PN kerana Bersatu daripada origin politik yang sama,” katanya. FMT
Pengundi jangan percaya pada naratif PN bersih
Baca Artikel Menarik:
- Tengku Zafrul kesian pada Rafizi, surat kelulusan berunding dengan lulus projek pun tak faham
- Lelaki didakwa 16 pertuduhan rogol tiga anak tiri
- MYAirline dapat lesen mulakan khidmat penerbangan
- Bukan semua profesor sokong Anwar – Ismail
- Dakwaan sabotaj Tok Mat – Khairy akan buat laporan polis, SKMM
- Penuntut IPT dicekup berkhalwat, alasan buat assignment
- Firma Fitch Solutions ramal BN menang PRU15 kerana ini…
- Tanpa IC boleh mengundi, ini 5 dokumen lain boleh digunakan
- Jangan beli kereta, TV tahun hadapan – Jeff Bezos
- Ada asas siasat perbelanjaan RM500 bilion PN
- Anwar gelar Razman bodoh
- 17 tahun sangka anak mati, rupanya dibawa lari oleh saudara sendiri/a>
- Khalid ibarat ‘najis’ di Titiwangsa
- Anwar bengang Muhyiddin sikit-sikit nak bersumpah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tiket Konsert BLACKPINK Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam Masa 30 Minit
You must be logged in to post a comment.