Dunia tahu Russia melindungi pembunuh MH17 – Australia

Dunia tahu Russia melindungi pembunuh MH17 – Australia

Menteri Luar Australia, Penny Wong, hari ini menggesa Russia menyerahkan tiga lelaki yang didapati bersalah menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 dan menyelar Presiden Vladimir Putin kerana ‘melindungi pembunuh’.

Mahkamah Belanda semalam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada tiga lelaki kerana menjatuhkan pesawat Malaysia Airlines di Ukraine pada 2014.

Menteri Luar Australia, Penny Wong, mahu Russia serahkan pesalah yang menembak jatuh pesawat Penerbangan Malaysia MH17. – Foto AP
Menteri Luar Australia, Penny Wong, mahu Russia serahkan pesalah yang menembak jatuh pesawat Penerbangan Malaysia MH17. – Foto AP

Dua warga Russia, Igor Girkin dan Sergei Dubinsky manakala seorang warga Ukraine, Leonid Kharchenko didapati bersalah selepas ‘dibicarakan tanpa kehadiran’ kerana menembak jatuh Boeing 777 dengan peluru berpandu dibekalkan Russia.

Penny berkata keputusan itu mengesahkan ‘Persekutuan Russia bertanggungjawab’ menyebabkan kehilangan kesemua 298 nyawa yang berada dalam pesawat Penerbangan Malaysia dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu.

“Kami menggesa Russia untuk menyerahkan mereka yang disabitkan supaya boleh menjalani hukuman atas jenayah kejam mereka,” katanya.

Tabah beliau, sebanyak mana pun cubaan untuk mengelak, menyimpang atau mengemukakan maklumat salah daripada Russia, ia tidak boleh mengelak daripada fakta sebenar dan bertanggungjawab.

Penny berkata keengganan Russia untuk menyerahkan tertuduh hanya membuktikan betapa kejinya perwatakan Putin yang masih melindungi pembunuh selepas terbukti bersalah.

“Kami mengatakan kepada Russia bahawa dunia mengetahui bahawa anda menyembunyikan pembunuh dan itu mengatakan sesuatu tentang diri anda, Putin,” katanya.

Moscow menolak keputusan itu dan menganggapnya sebagai bermotifkan politik dan tunduk kepada tekanan media serta waris mangsa.

Sementara itu, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, yang berjuang menentang pencerobohan Russia dalam berskala penuh selepas pertempuran di timur selama bertahun-tahun, memujinya sebagai ‘keputusan penting’.

Penghakiman semalam mengakhiri perjalanan panjang demi mendapatkan keadilan bagi mangsa tragedi itu yang datang dari 10 negara, termasuk 196 warga Belanda, 43 rakyat Malaysia dan 38 warga Australia. BH

Dunia tahu Russia melindungi pembunuh MH17 – Australia


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sebak bersendirian di pelamin

Zuraida Macam Acik Jual Jeruk, Netizen Riuh (Video)

Tiket Konsert BLACKPINK Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam Masa 30 Minit

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker