BN tak boleh selamanya jadi parti luar bandar – Khairy

#PRU15

BN tak boleh selamanya jadi parti luar bandar – Khairy

Barisan Nasional (BN) perlu berani menampilkan pemimpin besar untuk bertanding di kawasan bandar supaya tidak dilihat sebagai parti luar bandar, kata Khairy Jamaluddin.

Khairy yang berhijrah dari Parlimen Rembau ke Sungai Buloh pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) berkata, BN akan dilihat sebagai parti yang benar-benar serius mengangkat suara kelompok masyarakat yang mewakili 77% rakyat negara ini.

“BN mesti keluar dari zon selesa dan mencabar diri untuk membuktikan bahawa ia adalah parti yang dapat memenuhi aspirasi penduduk urban yang berdepan dengan realiti kehidupan semasa, di samping sokongan padu yang diperoleh daripada masyarakat luar bandar.

“Menang kalah itu memang adat pertandingan, tapi kita kena ambil risiko, jangan hantar calon ‘lightweight’ sahaja ke kawasan bandar,” katanya dalam program Agenda AWANI.

Katanya, BN tidak akan menjadi relevan dan suara majoriti rakyat jika perkara itu tidak dilakukan.

“Kena hantar pemimpin parti, menteri ke kawasan tersebut, supaya kita memberi mesej bahawa kita serius untuk mendapatkan sokongan daripada orang bandar.

“Kalau tidak, kita akan selama-lamanya jadi parti luar bandar, parti yang hanya akan bertanding di kawasan-kawasan selamat,” katanya.

Jelas Khairy lagi, beliau berani menyahut cabaran untuk bertanding di Parlimen Sungai Buloh iaitu kawasan terdiri pelbagai komposisi penduduk dengan sokongan mereka lebih kepada Pakatan Harapan (PH).

Selepas tiga penggal menjadi Ahli Parlimen Rembau, Khairy berkata, beliau memerlukan cabaran baharu yang dapat menjadikannya pemimpin yang lebih baik dalam mengorak langkah menuju cita-citanya menjadi perdana menteri satu hari nanti.

“Sebab itu saya menawarkan diri saya sebagai satu faktor semak dan imbang.

“Yang penting, sekurang-kurangnya saya boleh jadi suara orang Sungai Buloh yang membawa satu pandangan kontra terhadap ‘establishment’ di sini yang berpihak kepada PH.

“Jadi, kena ada seorang pejuang yang prihatin, yang berani melawan arus untuk mempercepatkan penyelesaian kepada isu-isu dihadapi orang Sungai Buloh.” katanya. FMT

BN tak boleh selamanya jadi parti luar bandar – Khairy


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sebak bersendirian di pelamin

Zuraida Macam Acik Jual Jeruk, Netizen Riuh (Video)

Tiket Konsert BLACKPINK Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam Masa 30 Minit

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker