Ketua PAS Perak tiada akhlak – Anwar

Oleh Azrin Muhammad

PENGERUSI Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat serangan terhadap PAS Perak di setiap lokasi kempen.

SHAH ALAM – Tindakan PAS Perak menempelak hasrat Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri memakan diri apabila Anwar membuat serangan balas di setiap lokasi kempen yang dikunjunginya sejak semalam.

Menurut Anwar, akhlak yang ditunjukkan Pengerusi PAS Perak, Razman Zakaria tidak mencerminkan perjuangan parti yang diwakilinya kerana sanggup menghina musuh politik dengan pelbagai hinaan serta fitnah.

“Dia (Razman) kata kalau saya jadi Perdana Menteri, akan dikawal oleh DAP dan Cina komunis tanpa bukti. Jantan dengan jantan dia bagi kahwin.

“Ketua PAS Perak bangang dan bodoh sebab maki dan fitnah orang. Berkopiah putih dan wakil parti Islam tetapi tidak mempunyai akhlak,” katanya ketika memberi ceramah dalam sesi Minum Petang di Padang Flat Seksyen 16, di sini, petang tadi.

Terdahulu, Razman didakwa telah membuat tuduhan terhadap Anwar yang akan mempromosikan LGBT dan perkahwinan sejenis, baru-baru ini.

Namun Razman tidak mengendahkan serangan balas Anwar termasuk surat tuntutan maaf serta ganti rugi yang telah diberikan Anwar kepada pihaknya dengan alasan kekal dengan pendirian pernyataan berkenaan bukan fitnah.

Dalam masa sama, Anwar memberitahu beliau tidak kisah jika PAS mahu menang pilihan raya tetapi perlu menggunakan hasil kerja keras serta khidmat dan bukan melalui penghinaan terhadap musuh politik yang sama-sama bertanding.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker