PRU15 bukan waktu ‘cuba-cuba’ – Hasni

PRU15 bukan waktu ‘cuba-cuba’ – Hasni

Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Umno Johor, Hasni Mohammad mengingatkan rakyat tidak memperjudikan masa depan negara kerana pilihan raya umum ke-15 (PRU15) bukan waktu untuk “mencuba” dengan membuat keputusan tidak tepat dalam memilih parti pemerintah.

Beliau menyokong kenyataan Naib Presiden Umno, Mohamed Khaled Nordin bahawa keputusan pengundi pasti memberi kesan, sama ada baik atau sebaliknya dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Saya percaya dan yakin pengundi sedar dan tahu mereka ada tanggungjawab untuk memastikan masalah rakyat di bawah. Soal keadaan negara kita pada hari ini perlu ditambah baik.

“Jadi, adalah sesuatu tidak wajar dicuba-cuba atau diperjudikan masa depan dengan membuat keputusan kurang tepat,” katanya selepas menghadiri program bersama NGO di Kg Sahari.

Beliau mengulas kenyataan Khaled yang mengharapkan rakyat bijak memilih pada Sabtu ini.

Dalam pada itu, Hasni berkata, tujuan Johor mengadakan pilihan raya negeri (PRN) untuk mengingatkan pengundi berhubung pentingnya membuat keputusan tepat.

Beliau bersyukur dengan pencapaian BN memenangi 40 kerusi dalam PRN itu.

“Saya percaya dan yakin, pengundi sedar akan tanggungjawab mereka. Ini untuk memastikan masalah rakyat di bawah diselesaikan,” katanya. FMT

PRU15 bukan waktu ‘cuba-cuba’ – Hasni


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sebak bersendirian di pelamin

Zuraida Macam Acik Jual Jeruk, Netizen Riuh (Video)

Tiket Konsert BLACKPINK Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam Masa 30 Minit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker