Prabakaran tiru manifesto Kohilan

#PRU15

Prabakaran tiru manifesto Kohilan

Calon Barisan Nasional Parlimen Batu, A Kohilan Pillay, mendakwa calon PH bagi kerusi itu, P Prabakaran meniru manifestonya untuk kerusi Parlimen berkenaan.

Naib Presiden MIC itu menuduh Prabakaran mengambil beberapa perkara dalam manifestonya dan membuat janji sama seperti ia adalah ideanya sendiri.

“Kebanyakan perkara pokok dalam manifesto saya seperti menambah baik sekolah agama juga dinyatakan oleh beliau.

“Anda boleh bertanya kepada seluruh pasukan saya, siapa yang membuat manifesto dahulu, saya atau Prabakaran?” katanya semasa ceramah BN di Sentul.

Kohilan kemudiannya mencabar ketua PKR Batu itu mendedahkan sepenuhnya manifesto beliau supaya boleh dibuat perbandingan.

FMT sedang menghubungi Prabakaran untuk mendapatkan komen.

Prabakaran, bekas Ahli Parlimen Batu, dan Kohilan bersaing dalam pertandingan 10 penjuru untuk kerusi itu.

Selain Kohilan dan Prabakaan ia turut ditandingi Azhar Yahya (Perikatan Nasional), Wan Azlina Wan Adnan (Pejuang), Naganathan Pillai (Warisan), Zulkifli Abdul Fattah (Parti Rakyat Malaysia) dan empat lagi calon Bebas termasuk Tian Chua. FMT

Prabakaran tiru manifesto Kohilan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Saya mohon maaf, saya hanya mahu ‘prank’ anak saudara

Takiyuddin bidas kembali kenyataan Muhyiddin, pendirian PAS terbuka

Teman lelaki Syazlin Zainal ziarah pusara kekasih

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker